Carian
#TAJ Makan- Clams Buttercream Terbaik Di Two Sons Bistro!
August 28, 2019 Aida Kamalia

#TAJ Makan- Clams Buttercream Terbaik Di Two Sons Bistro!

Kalau korang sentiasa mengikuti perkembangan influencer-influencer di media sosial, pasti korang sudah tau satu restorang yang terkenal iaitu Two Sons Bistro. Dah lama sebenarnya pasang niat untuk pergi ke restoran terkemuka ni, jadi minggu lepas Aida tak lepas peluang untuk pergi ke Two Sons Bistro bila kawan-kawan dah ajak ke sana. Biasalah perempuan, ada sahaja nak makan makanan yang baru, yang viral ni kan! Dekat mana sebenarnya lokasi Two Sons Bistro ni?

Two Sons Bistro terdapat 2 cawangan yang korang boleh pergi, iaitu di Publika Solaris Dutamas atau di Starling Mall Petaling Jaya. Aida pergi di cawangan Publika Solaris Dutamas memandangkan kawan-kawan semua dari Cheras, manakala Aida dari Damansara, adil lah jarak tu kan!

Untuk ke Publika, korang boleh Waze Publika dan jalan nak ke sini juga mudah dan senang untuk cari lokasi Publika ini. Publika ni pula ada beberapa blok tau, korang kena tau korang parking di blok mana supaya nanti senang untuk jumpa parking. Two Sons Bistro terletak di Blok B Publika, untuk korang yang pertama kali datang Publika, mungkin agak sukar untuk jumpa restoran ni. Landmark, Two Sons Bistro ni terletak di hujung sekali.

Nampak sahaja restoran ni, Aida terus masuk ke dalam dan duduk di meja kawan-kawan, lama juga mereka tunggu Aida.

Masuk sahaja didalam restoran, mesti korang akan rasa seronok dan tenang sebab persekitaran dan ambience yang cosy, menaikkan lagi mood makan tu! Tanpa lengah lagi, pelayan restoran terus bagi menu untuk order makanan.

Ini menu yang korang akan dapat, page depan sekali ini memang menu yang paling terkenal dan bestseller di Two Sons Bistro ini, iaitu Clams atau Mussel! Korang boleh pilih sama ada clams atau mussel, kemudian pilih sos untuk hidangan itu. Terdapat banyak pilihan sos seperti Clear, Cream, Chili atau Chargrilled. Kalau nak rasa cheesy, boleh pilih Cheese and Bacon, nak rasa grill-grill macam tu, boleh la pilih Sweet Paprika. Macam Aida pula, awal-awal lagi dah aim satu sos yang kami memang nak cuba sangat! Sos Chili Butter Cream  yang merupakan antara sos yang bestseller jika pergi ke Two Sons Bistro ni. Kami order juga nasi kosong untuk makan bersama clam, serta spaghetti carbonara untuk rasa sendiri spaghetti mereka.

Sementara menunggu makanan sampai, sempat Aida berjalan-jalan dalam restoran ni, ambience yang cosy ni la membuatkan restoran ni menjadikan port terbaik untuk berkumpul bersama kawan-kawan korang atau keluarga tercinta semasa hujung minggu.

Kalau korang sukakan angin luar dan nak makan outdoor, restoran ini juga mempunyai ruang outdoor untuk korang yang suka makan di luar untuk menikmati angin sejuk. Jangan pula makan disini semasa mendung, nanti korang makan hujan pula!

Makanan pun dah sampai! Konsep Two Sons Bistro ini, mereka hidangkan clams  di dalam periuk. Baru rasa macam lepas masak di dapur, terus angkat hidang atas meja! Sekarang ni pun Aida masih terngiang-ngiang kesedapan butter cream clam tu. Oh ya, kalau korang order clam atau pun mussel, ia datang bersama garlic bread. Disebabkan kami pesan clams saiz Main Size, kami dapat garlic bread 2 bekas.

Kalau korang penggemar butter chicken, butter squid, cuba korang cuba buttercream clam pula disini, memang terbaik! Bagi Aida, kauhnya cukup lemak berkrim, pekat dan tak cair, rasa butter yang tidak terlalu kuat, selain rasa pedas dari cili akan menutup rasa muak buttercream pasti akan menarik perhatian korang dan teruja untuk makan! Makan pula dengan garlic bread dan cicah kuah buttercream, sungguh sedap! Jadi korang jangan hairan korang boleh makan banyak disini walaupun masak buttercream yang kadangkala akan buat korang rasa muak.

Tujuan utama kami order spaghetti ini kerana ada kawan Aida yang tidak gemar makan seafood. Jadi kami order spaghetti carbona, boleh la rasa sekali! Spaghetti ini juga tidak menghampakan Aida, kuahnya pekat, cukup rasa lemak dan masin. Akan tetapi mungkin korang akan rasa muak jika makan terlalu banyak disebabkan spaghetti ini tidak pedas. Jadi restoran ini bukan hanya untuk penggemar seafood sahaja!

Apa yang Aida kagum, mereka akan letakkan sekali bakul kecil di atas meja untuk korang buang kulit clams atau mussel yang korang makan. Jadi tidak la korang buang kulit clams merata-rata atas meja. Mereka juga hidangkan plain water di dalam bekas air yang besar supaya boleh minum bersama kawan yang lain.

Konklusinya, korang memang patut cuba untuk makan clams dan mussel disini, walaupun harga hidangan disini agak pricey. (Main Large clams RM 45) Tetapi sungguh worth it! Selain makanan yang sedap, tempat environment disini juga sangat selesa untuk korang bersembang lama. Lebih-lebih lagi kalau dah lama tak jumpa kawan tu. Servis di restoran ini juga sangat bagus, sangat sopan dan membantu apa sahaja soalan korang terutamanya jika korang pertama kali makan disini.

Bolehlah lepas ni korang plan dengan kawan atau hint boyfriend untuk makan disini!

Komen