Carian
Rutin Mingguan Untuk Pori-Pori Muka Sentiasa Bersih 
April 16, 2019 Aida Kamalia

Rutin Mingguan Untuk Pori-Pori Muka Sentiasa Bersih 

Pernah tak anda dengar orang berkata stim muka dapat membuka pori dan gunakan ais batu untuk menutup pori? Ya, kenyataan ini adalah tidak betul kerana pori-pori di muka tidak boleh ditutup dan dibuka kerana pori tidak mempunyai otot untuk buat sedemikian. Jadi kenapa ada orang mempunyai saiz pori yang besar dan sangat jelas. Biasanya orang yang mempunyai kulit berminyak besar kemungkinan mempunyai pori yang lebih besar berbanding orang kulit normal. Ini kerana kulit yang merembeskan lebihan minyak di muka dikenali sebagai sebum, seterusnya menyumbat pori-pori. Dimana sebum di dalam pori akan membuatkan pori nampak lebih besar. Apabila pori-pori tersumbat, lebih mudah blackhead dan whitehead untuk muncul. Pori-pori yang bersih dan sihat akan membuatkan pori-pori nampak lebih kecil, akan tetapi pori-pori tetap akan ada di kulit.

Hari ini Tajria akan kongsikan satu cara untuk bersihkan pori dengan cara yang betul. Tapi harus diingatkan disini, rutin ini hanya boleh dibuat 1 minggu sekali sahaja.

Apa yang diperlukan : 

2% Salicylic Acid

Cadangan produk :

     Sumber : Paula’s Choice

                         

  Sumber : The Ordinary

         

Clay Mask

Cadangan produk:

 Sumber : Loreal Malaysia

                       

     Sumber : The Body Shop Malaysia

                       

                                                                      

Oil Cleanser

Cadangan produk :

  Sumber : Hada Labo Malaysia

                         

Sumber : MUJI Singapore

 

Langkah-langkah

1. Pastikan muka bersih

Pertama sekali, pastikan muka korang bersih daripada make up terutamanya. Jika ada lebihan make up, gunakan make up remover untuk menanggalkan sisa-sisa make up. Ikat rambut dengan kemas supaya tidak menganggu proses ini.

2. Letak salicylic acid

Selepas muka bersih dan bebas daripada make up, letak 2 hingga titik  salicylic acid ke tangan, kemudian sapu ke seluruh muka. Yang Aida gunakan disini adalah The Ordinary 2% Salicylic Acid.

3. Tunggu 10 minit 

Untuk membuatkan salicylic acid tadi menyerap ke dalam kulit dengan lebih baik, tunggu selama 10 minit. Fungsi salicylic acid ini, ia akan membersihkan pori-pori di muka termasuk pori-pori yang tersumbat.

4. Sapu clay mask di muka

Selepas 10 minit, ambil clay mask dan letakkan di seluruh muka, kemudian biarkan selama 20 minit sahaja. Anda boleh guna apa-apa sahaja jenis clay mask, yang digunakan disini adalah The Body Shop Purifying Glow Mask. Yang penting, mask yang anda pakai itu mampu menghilangkan kotoran di muka dan boleh dibasuh, bukan mask yang harus ditarik.

5. Basuh clay mask

Kemudian, basuh clay mask di muka menggunakan air paip biasa. Jangan pakai mask melebihi 30 minit, ini kerana ia akan membuat kulit anda jadi lebih kering, terutamanya clay mask. Selepas basuh, lap muka dengan muka supaya muka tidak basah.

6. Guna oil cleansing 

Pastikan muka anda kering terlebih dahulu sebelum memakai cleansing oil ini. Picit minyak secukupnya, dan sapu di muka. Urut muka dengan perlahan-lahan dan fokuskan di kawasan yang cenderung bermasalah seperti di hidung, dahi atau pipi. Ketika ini, anda akan perasan ada kotoran yang keluar daripada kulit. Itu sebenarnya kotoran di pori-pori serta kulit yang dah mati.Teruskan urut muka hingga 2 atau 3 minit, kemudian bilas muka dengan air bersih.

Habis sahaja langkah yang terakhir, biarkan sahaja muka kering dengan sendiri. Biasakan untuk biar muka kering dengan sendiri, ini kerana apabila sering keringkan muka dengan tuala muka, ia mungkin akan merosakkan muka disebabkan geseran. Kemudian, jangan lupa pakai toner, moisturizer serta sunblock untuk lengkapkan rutin skincare korang. Buat rutin ini setiap minggu untuk dapatkan kulit yang lebih sihat, tanpa jerawat dan pori-pori yang tersumbat!

Komen