3 Mitos Mengenai Vaksin – Kenapa Perlu Mendapatkan Vaksin HPV?
Baru-baru ini, gempar di sesetengah media sosial berkenaan isu pervaksinan ini. Ada golongan yang tidak percaya akan daya keberkesanan vaksin dalam mencegah beberapa penyakit. Golongan ini lebih dikenali sebagai golongan antivax, yang mana mereka mengatakan bahawa vaksin ini bertentangan dengan kepercayaan mereka. Kebanyakkan di antara mereka menolak pengambilan vaksin mereka melihat vaksin ini sebagai toksin atau ubat berbahaya yang akan memudaratkan anak-anak mereka.
Terdapat banyak artikel dan sumber sahih di laman sosial seperti Facebook atau Twitter yang mengatakan pengambilan vaksin untuk seseorang individu terutamanya wanita boleh menyebabkan berlakunya autisme pada kelahiran mereka. Ada juga yang menolak vaksin kerana berasakan vaksin itu tidak halal dan mengandungi DNA khinzir. Namun, Kementerian Kesihatan dan Jakim kini telah mengesahkan bahawa kandungan vaksin adalah halal dan selamat.
Menurut pakar, vaksin bertujuan untuk menghasilkan daya imun pada individu terhadap sesuatu penyakit dengan merangsang penghasilan antibodi dalam badan. Pada hakikat sebenarnya, ia merupakan virus atau bakteria yang lemah, dimasukkan ke dalam tubuh dalam bentuk vaksin, agar sistem antibodi tubuh mengenali mereka dan bersedia untuk melawan infeksi.
Berikut adalah beberapa mitos yang sering berlegar di minda sesetengah individu.
Mitos 1: HPV Tidak Biasa dan Menimbulkan Bahaya Kecil
HPV adalah penyakit yang paling umum di kalangan lelaki dan wanita, yang menjejaskan hampir berjuta-juta orang di seluruh dunia termasuk di Malaysia. Bukan sekadar kanser serviks, HPV turut menjadi punca kepada kanser zakar, dubur, tekak, mulut dan leher. Apabila menerima vaksin di awal usia atau pada usia yang ditetapkan, hampir semua individu yang dijangkiti mampu melawan virus HPV, selain tidak menunjukkan tanda sehingga dua tahun. Namun, itu tidak menafikan bahawa anda masih boleh menyebarkan virus kepada orang lain. Tetapi pada masa itu, anda masih boleh menyebarkannya kepada orang lain.
Mitos 2: Vaksin HPV Berisiko Tinggi
Menurut pakar dalam jabatan Pusat Perubatan dan Penyelidikan Kesihatan Pediatrik di Sekolah Perubatan Havard, kesan sampingan vaksin HPV adalah tidak serius seperti kebanyakkan perubatan vaksin dan imunisasi yang lain. Menurut statistik WHO pada tahun 2011, hampir 93% bayi di Malaysia yang berumur 1 tahun menerima suntikan HPV. Dalam 1000 bayi yang menerima suntikan, hanya 3 bayi yang tidak dapat diselamatkan daripada serangan virus. Kebanyakkan kesan sampingan yang kerap berlaku adalah pening dan pengsan selepas suntikan. Namun, kebiasaannya apabila selesai menerima suntikan, pasukan rawatan akan menasihati penerima untuk berehat seketika selama 15 minit.
Mitos 3: Anak Saya Tidak Aktif Secara Seksual, Jadi Vaksin Tidak Perlu
Sewaktu di awal usia, lebih-lebih lagi pada usia kanak-kanak merupakan waktu yang terbaik dalam mendapatkan vaksin dan imunisasi terhadap kanser serviks dan HPV. Hal ini kerana, vaksin HPV berfungsi dengan baik apabila diberikan sebelum seseorang individu terdedah kepada virus tersebut. “Mencegah adalah lebih baik daripada merawat” yang bermaksud ibu bapa disarankan untuk menghantar anak-anak dalam mendapatkan suntikan sebelum mereka mula melakukan hubungan seks, menurut ahli onkologi ginekologi di Johns Hopkins Hospital di Baltimore.
Malah, mendapat semua tiga dos pada usia yang dianjurkan akan mengurangkan bilangan kanser yang berkaitan dengan HPV oleh hampir 28,500 setahun, menurut American Cancer Society. Di samping itu, kanak-kanak yang berumur 10 hingga 14 tahun mempunyai tindak balas imun yang lebih kuat terhadap vaksin berbanding orang yang lebih tua – jadi pukulan itu memberikan lebih baik, dan mungkin lebih lama, perlindungan ketika diberikan kemudian. Akhirnya, remaja kurang berkemungkinan mengalami kesan sampingan daripada orang berusia 20-an.
_________________________________________________________________________
Bagi anda yang ingin mendapatkan vaksin, anda boleh mendaftar untuk mana-mana program vaksinasi di mana-mana Klinik Nur Sejahtera LPPKN berdekatan anda. Selain itu, bagi anda yang berkelahiran 1991, 1992, 1993, 1994, 1995 dan 1996, bujang dan belum pernah berkahwin, anda boleh mendapatkan suntikan vaksin secara percuma di klinik. Vaksin ini akan diberikan sebanyak tiga kali suntikan yang mana, suntikan pertama dan kedua akan diberikan sebulan selepas tarikh yag ditetapkan, manakala 6 bulan seterusnya untuk suntikan ketiga. Jadi, buatlah pilihan yang terbaik dalam usaha menjaga kesihatan diri dan orang tersayang, juga demi kemaslahatan umum.