Makan Di Restoran Kotak, SS15
Kalau korang semua sukakan masakan Indonesia seperti Nasi Padang, Ayam Penyet, Bakso dan bayak lagi, pasti korang akan suka pilihan makanan yang ada di Kotak SS15! Kotak adalah satu restoran masakan Indonesia berkonsepkan moden. Bila sebut sahaja Masakan Indonesia, mesti korang akan terus terfikir sambal kan? Ya! Di Kotak SS15, signature mereka adalah sambal mereka yang menggunakan bahan-bahan tersendiri. Bukan senang nak dapatkan sambal yang sedap, bukan pedas semata, tapi pedas itu haruslah mempunyai rasa yang cukup, manis, masin dan lemak!
Restoran Kotak ini terletak di SS 15 Subang Jaya, dimana ia merupakan kawasan hotspot dan terkenal dengan pelbagai restoran terkenal di SS15. Untuk pergi kesini, korang boleh Waze sahaja Kotak SS15. Macam korang lihat di gamabar atas ni, kedai ini bersebelahan dengan restoran terkenal Gold Chili. Tapi awas ya, kalau korang datang ke sini pada waktu hujung minggu, susah betul nak cari parking. Kemungkinan korang terpaksa parking jauh dan jalan sikit untuk sampai ke restoran ni. Jom kita tengok apa yang istimewa di Restoran Kotak!
Menu
Sebelum korang nak pergi makan disini, tengok dahulu menu yang ada di laman rasmi mereka Restoran Kotak. Bolehla pilih dahulu mana satu menu pilihan korang, atau pun nak lihat signature dishes mereka!
Di atas ini merupakan Signature Restoran Kotak, Salted egg, Cheesy ayam dan Ayam geprek. Untuk korang yang sukakan pedas dan suka cabar diri sendiri, Aida memang cadangkan ambil ayam geprek! Menariknya, di Kotak korang boleh level berapa kepedasan yang korang inginkan. Level 1- level 10. Tapi Aida ingatkan, Level 2 pun dah pedas sangat tau!
Selain itu, ada juga pilihan lain seperti Mee/Mi yang datang dengan pelbagai rasa. Mi Sambal, Mi Salted egg dan banyak lagi.
Ini pula merupakan Menu Special dari Kotak! Untuk menu-menu di atas, korang kena tunggu selama 15 minit, ini kerana makanan diatas hanya disediakan setelah orang order makanan itu. Jadi makanan korang akan dihidangkan fresh from the kitchen!
Banyak juga pilihan makanan sampingan yang korang boleh order selepas korang menikmati makanan utama kan! Antara yang paling popular adalah risoles ayam digoreng rangup yang seakan-akan popiah.
Disebabkan Aida seorang yang suka pedas, Aida order antara menu signature Kotak, Ayam Geprek! Harga untuk satu hidangan Ayam Geprek pula masih boleh dikataka murah, iaitu RM13.80. Hidangan tadi tidak termasuk air minuman tau, kalau korang nak tambah air, beli mana-mana minuman dan paling penting ianya refillable!
Di Kotak, korang boleh pilih untuk duduk di tingkat atas atau pun tingkat bawah. Ini kerana ruang di tingkat bawah agak terhad, hanya ada 3 meja sahaja. Jadi korang yang mempunyai group lebih besar, boleh makan di atas ya! Nampak tak di hujung gambar ada meja yang mempunyai dua periuk besar kan? Disini ada disediakan free-flow sup kosong dan kicap manis, korang boleh layan diri tau.
Walaupun sup kosong, ada juga lobak merah dan kentang di dalam sup ini, bukan hanya sup kosong semata-mata!
Selepas korang ambil sup dan letak di dalam mangkuk, tabur sedikit daun sup dan bawang goreng, sedap!
Tak lupa juga kicap manis yang pekat, sinonim dengan makanan Indonesia. Sampai dua mangkuk kecil Aida ambil.
Sementara menunggu makanan siap, bolehla korang nikmati sup tadi dulu. Apabila dengar sahaja nombor korang dipanggil, ambil makanan di kaunter.
Ayam Geprek, dihidangkan bersama keropok udang.
Kalau korang perasan di pinggan Aida, ada pelekat yang bernombor 1 menunjukkan level kepedasan Ayam Geprek ini Level 1. Kalau korang nak lebih pedas, pilih Level 2 atau 3 ya.
Suap sahaja nasi dan ayam geprek ni ke dalam mulut, sudah terasa kepedasannya! Ayam Geprek ini adalah ayam yang disalut dengan tepung, dicincang serta digaul bersama sambal special daripada Kotak. Bagi Aida, ayam yang disalut tepung sangat rangup dan tidak terlalu keras sehingga susah nak gigit. Malah rasa ayamnya sendiri pun sudah berempah dan cukup rasa, ditambah pula denga sambal yang menyengat! Sambal ayam geprek? Pedas yang sedap, cukup masin dan manisnya serta rasa seperti ada bawang putih didalam sambal. Sesungguhnya bagi Aida sambal Level 1 pun dah pedas, tolong jangan cabar diri untuk rasa level 5 atau 10 ya. Aida risau perut korang yang masalah nanti! Tuanglah kicap banyak-banyak kalau korang tak mampu tahan dengan kepedasan sambal di Kotak!
Selain itu, Aida juga ada memesan Sate Kecap sebagai menu kedua. Akan tetapi korang harus tunggu selama 15 minit kerana mereka masak upon request sahaja. Tapi servis disini bagus! Tepat 15 minit, nombor dah dipanggil menandakan Sate Kecap sudah pun siap.
Sate Ayam Kecap adalah sate yang diperap bersama kicap dari Indonesia serta bahan lain untuk jadikan sate ini lebih sedap! Korang akan dapat 10 cucuk sate ayam dengan harga RM15. Harganya agak mahal juga bagi Aida untuk satu hidangan sate. Dihidangkan bersama potongan cili, bawang dan tomato serta timun dan salad.
Bila korang makan sahaja sate ayam ini, daging ayam tidak keras! Sangat juicy, rasa garing diluar dan lembut di dalam dengan perapan kicap yang manis. Serta hangit sate tetap terasa menambahkan lagi selera untuk makan sate ayam kecap ini. Sate ni bukan seperti sate yang ada kuah untuk dicecah tau. Makan begitu sahaja atau korang boleh makan dengan bawang cili untuk tambah lagi kepedasan sate!
Kesimpulannya, Restoran Kotak ini menghidangkan makanan yang sedap, harga juga berpatutan, standard harga untuk satu hidangan ayam penyet juga. Servis yang diberikan bagus, makanan juga tidak mengambil masa yang lama untuk siap. Kedai yang sangat selesa untuk, dan bersih! Sesuai untuk korang makan dan lepak bersama kawan-kawan korang!