Cara Contour Muka Dengan Betul-Sangat Mudah!
Sekarang ini hanya dengan memakai make up, korang boleh membuatkan muka nampak lebih kurus! Hidung yang mancung, pipi nampak lebih kecil dengan menggunakan teknik contour. Contour dapat memberikan bentuk wajah lebih kurus dengan menaikkan struktur di muka kita. Kalau dibandingkan dengan orang yang memakai make up tanpa menggunakan teknik contour, muka akan nampak sedikit flat, berbanding dengan orang yang contour muka, struktur muka nampak lebih jelas. Untuk sesiapa yang baru belajar make up, kalau salah cara teknik contour, muka akan nampak kelabu asap dan comot. Jom harini Aida akan tunjuk dekat korang cara contour muka dengan betul, khas untuk korang yang baru nak belajar!

Pakai foundation terlebih dahulu
Pakai foundation dan loose powder macam biasa dahulu. Macam Aida sendiri, Aida lebih suka contour memakai powder berbanding cream untuk hari-hari, jika ada majlis kahwin, aktiviti di luar yang panas, barulah Aida memakai cream contour. Di tangan Aida sekarang, Aida memakai Benefit Hoola saiz kecil.
Buat garisan dibawah tulang pipi
Korang boleh rasa sendiri tulang pipi di muka, kemudian guna berus contour yang lebih nipis dan buat garisan di bawah tulang pipi. Tips disini, cuba korang muncungkan mulut sedikit supaya korang boleh nampak dengan lebih jelas tulang pipi.
Blend garisan
Apabila korang sudah membuat garisan di bawah tulang pipi, ambil berus lain yang sedikit besar untuk blend garisan tadi. Blend mengikut arah garisan contour dan keatas. Jangan blend kebawah garisan contour tadi tu, ini akan menghilangkan garisan sedia ada.
Buat semula untuk pipi sebelah
Seterusnya, boleh ulang langkah yang sama untuk pipi sebelah. Buat garisan di bawah tulang pipi dan blend garisan menggunakan berus berlainan.
Contour di garisan rahang
Untuk muka nampak lebih kurus, korang harus contour di garisan rahang juga. Ambil brush contour dan garis di sepanjang garisan rahang. Kemudian, ambil brush yang lain dan blend supaya warna contour tadi lebih sekata.
Contour di dahi
Contour di dahi ni antara satu penyelamat untuk orang yang dahi luas supaya nampak lebih kecil. Macam Aida sendiri mempunyai dahi yang luas, tapi tak mengapa boleh contour! Guna brush contour yang sama dan contour di sepanjang dahi. Ambil brush lebih besar dan blend kebawah.
Contour hidung
Tujuan contour hidung ni dapat memancungkan dan naikkan hidung. Untuk contour hidung, Aida lebih suka menggunakan warna yang cool tone berbanding warm tone. Aida meggunakan MAC code WEDGE A18. Korang boleh guna berus khas untuk contour hidung, atau pun berus yang lebih nipis. Mulakan dari tengah, naik ke atas dan turun ke bawah. Aida gunakan blending brush dan blend kebawah. Pastikan korang blend betul-betul untuk tak nampak contour hidung terlalu harsh.
Siap dah, pastikan korang blend betul-betul semua contour yang korang buat tadi hingga nampak warna sekata. Selepas siap contour muka, korang boleh teruskan dengan memakai maskara serta lipstick!
Finish look! Korang boleh nampak di mana kawasan yang contour, serta kawasan Aida highlight. Kebiasannya, makeup look seperti ini sesuai untuk korang pergi jalan-jalan tanpa nampak terlalu berat di muka. Bagi Aida, make up look ini sememangnya menjadi pilihan Aida untuk pergi ke kerja. Padankan dengan nude lipstick yang sentiasa ada didalam handbag untuk melengkapkan nude make up. Jangan lupa untuk cuba step di atas semasa korang contour muka, lebih-lebih lagi untuk yang baru mengenali make up untuk nampak lebih kurus. Selamat mencuba!