Jenis dan Fungsi Masker Wajah
Masker adalah salah satu produk penjagaan kulit yang wajib buat mereka yang gemarkan skincare. Bergantung kepada jenis mask yang digunakan, ia adalah produk rawatan yang boleh membantu anda mengatasi untuk isu-isu kulit yang tertentu. Masker wajah dapat membantu untuk melembapkan kulit, mengurangkan penghasilan sebum yang berlebihan, dan/ atau mengurangkan penampilan liang pori yang besar.
Mari kita lihat jenis-jenis masker wajah dan fungsi masker wajah yang ada dalam pasaran.
Sheet/Rubber Mask

Jenis: Sheet, rubber, hydrogel
Sesuai untuk: Hampir kesemua jenis kulit
Sinonim dengan K-Beauty, sheet mask digunakan untuk menghidrasi kulit dan mengurangkan kesan puffiness. Ia juga sesuai digunakan untuk meredakan kulit yang kemerah-merahan akibat terdedah kepada cahaya matahari kerana ia bersifat menyejukkan. Mask ini boleh digunakan pada bila-bila masa: pagi atau malam, tanpa bilasan dan disekalikan dalam rutin skincare anda. Walaubagaimanapun, mereka dengan masalah kulit berjerawat disarankan tidak menggunakan sheet mask dengan kerap.
Tips penggunaan: Selepas mencuci muka dan memakai toner, sapukan serum/ essence asid hyaluronik ke kulit sebelum menggunakan sheet mask. Sifat sheet mask yang occlusive mampu mendorong serum untuk diserap jauh ke dalam kulit. Sapukan krim muka sebaik sahaja anda menanggalkan mask ini agar manafaat mask ini dapat dikekalkan seharian/ semalaman. Elakkan sheet mask daripada mengering di wajah.
Clay Mask

Jenis: Clay, mud, charcoal
Sesuai untuk: Kulit normal sehingga berminyak
Clay mask membantu untuk “menarik” kekotoran seperti lebihan sebum dari liang pori ke permukaan kulit. Sebum ini kemudiannya akan diserap oleh masker tersebut, menyebabkan liang pori akan kelihatan lebih kecil dan kulit menjadi kurang berminyak. Clay mask juga sesuai digunakan untuk tujuan menegangkan kulit. Untuk kulit yang bermasalah atau berjerawat, cari clay mask dengan tambahan enzim/ hydroxy acids (membantu untuk membersihkan kulit) atau sulfur (mengurangkan impak eczema, psoriasis, jerawat dan rosacea)
Tips penggunaan: Gunakan facial cloth yang diperbuat daripada muslin/ flannel yang dibasahkan dengan air suam dan diperah kering untuk memudahkan proses pembersihan clay mask yang mengering di wajah. Kulit anda akan lebih mudah untuk menyerap lembapan selepas menggunakan clay mask, maka gunakan krim pelembap yang bersesuaian dengan kulit anda.
Cream Mask

Sesuai untuk: Kulit normal sehingga kering
Mereka yang berkulit kering dapat memanafaatkan cream mask kerana masker ini kaya dengan minyak dan lembapan yang mampu memberikan kelembapan kepada kulit dengan lebih dengan intense. Antara bahan yang sering digunakan dalam masker ini ialah asid hyaluronik yang bermanfaat untuk menarik dan mengikat kelembapan kepada sel-sel kulit agar kulit tampil plump .
Tips penggunaan: Cream mask selalunya akan kering selepas 20 minit penggunaan maka pakai dalam tempoh masa yang disyorkan. Anda boleh membasuh atau lap lebihan mask dengan pad kapas yang telah dilembapkan dengan hydrating toner dan pakailah pelembap seperti biasa. Sesuai dipakai pada waktu malam.
Gel Mask

Sesuai untuk: Hampir semua jenis kulit, dan sangat sesuai untuk kulit sensitif
Antara bahan yang sering digunakan dalam gel mask ialah aloe vera, timun, rose, kolagen dan bahan antioksida lain yang bermanafaat untuk kulit. Walaupun tidak intense seperti cream mask, gel mask juga mampu menghidrasikan kulit. Ia sesuai digunakan oleh mereka yang sedang pulih daripada rawatan kulit (seperti rawatan facial, laser, chemical peeling, atau microdermabrasion), menyejukkan kulit yang merengsa selepas terdedah kepada cahaya matahari ataupun menenangkan kulit yang sangat sensitif. Gel mask juga sesuai buat mereka yang mempunyai kulit berminyak yang memberikan kelembapan tanpa rasa berminyak.
Tips penggunaan: Untuk menggunakan gel mask sebagai sleeping mask, sapukan ia ke wajah sebagai langkah terakhir dalam rutin kecantikan anda pada waktu malam. Ia akan menyerap ke dalam kulit semasa anda tidur dan anda akan bangun dengan kulit yang lembap dan kelihatan segar.
Exfoliating Mask

Sesuai untuk: Hampir kesemua jenis kulit.
Exfoliating mask menggunakan bahan daripada Hydroxy Acids (seperti asid glikolik asid laktik, dan asid salisilik) atau/serta enzim daripada buah-buahan (seperti betik atau nenas). Ia mampu menghilangkan lapisan atas kulit mati dan membersihkan kekotoran yang tersembunyi di liang pori, sekalligus membuatkan kulit tampil halus, sekata dan glowing.
Tips penggunaan: Exfoliating mask mampu membuatkan kulit menjadi kering buat sementara waktu selepas pengunaannya. Namun begitu, kulit juga mudah untuk menerima dan menyerap sebarang rawatan dan kelembapan kerana lapisan kulit mati di atas yang telah ditanggalkan. Jadi, gunakan krim pelembap selepas membuat rawatan exfoliating mask.
Sumber: Dermstore