Carian
Tumit Kaki Retak? Ikuti Cara Ini Untuk Hilangkannya! 
April 19, 2019 Aida Kamalia

Tumit Kaki Retak? Ikuti Cara Ini Untuk Hilangkannya! 

Wanita sering menjaga kecantikan kulit muka dan badan, akan tetapi sering terlupa antara anggota terpenting pada badan, iaitu tapak kaki! Lebih banyak badan berjalan, lebih banyak ia memberi tekanan kepada tapak kaki lebih-lebih lagi jika anda mempunyai berat badan yang berlebihan. Tidak kurang juga wanita yang sering memakai kasut tumit tinggi, tumit kaki akan lebih cenderung untuk retak. Sama seperti kulit muka juga, tapak kaki juga perlukan kelembapan yang cukup untuk mendapatkan tumit yang sihat. Apabila tumit kaki menjadi semakin kering, kulit akan kehilangan kelembapan seterusnya akan pecah dan retak. Disebabkan itu, anda akan dapati tapak kaki keras sahaja dan bergaris-garis kan? Ia memang tidak memberi kesan sampingan, akan tetapi ia memberi rasa tidak selesa kepada seseorang kerana tekstur kulit kaki yang kasar, keras dan pecah. Nak tunjuk tapak kaki pun segan.

Hari ini Tajria akan kongsikan cara untuk menjaga, merawat dan hilangkan tumit kaki retak dengan betul.

Rendaman cuka epal

Ada pelbagai cara untuk membuat rendaman kaki ini, antaranya adalah rendam kaki degan cuka masakan atau epal, rendam kaki dengan epsom salt, malah ada yang berpendapat listerine yang anda gunakan untuk kumur mulut, boleh dibuat sebagai air rendaman! Tujuan membuat rendaman kaki ini adalah untuk melembutkan tapak kaki supaya mudah untuk anda  exfoliate tapak kaki. Cuka boleh melindungi kaki daripada tumbuhnya kulat dan bakteria kerana kandungan di dalam cuka iaitu asid estatik, dimana sifatnya yang anti-bakteria. Cara untuk merendam kaki juga sangat mudah, anda hanya perlu campurkan ½ cawan cuka epal, dan campurkan ke dalam 1 liter air suam, kemudian rendamkan kedua kaki selama 15-20 minit.

  Sumber : Watsons Malaysia

            

Exfoliate tapak kaki 

Bukan kulit muka sahaja anda harus exfoliate, tapak kaki juga harus diberi perhatian dengan exoliate tapak kaki untuk dapatkan tapak kaki yang halus dan licin. Tujuan exfoliate tapak kaki ini adalah untuk membuang kulit mati, ini kerana di tapak kaki, kulit biasanya lebih keras berbanding kulit di bahagian lain, jika tidak exfoliate, ia akan menjadi semakin keras. Seterusnya membawa ke masalah yang lain seperti kulit kematu dan juga ketuat.

Cara untuk exfoliate tapak kaki pula, hanya menggunakan pengasah kaki atau foot file, anda juga boleh gunakan pumice stone selepas anda membuat rendaman kaki menggunakan cuka epal. Ketika ini, kulit di tapak kaki lebih lembut dan mudah untuk exfoliate.

Kemudian, lap kaki hingga bersih.

Sumber : Watsons Malaysia

                    

Pakai pelembab kaki

Selepas exfoliate, sangat penting untuk memakai pelembab di tapak kaki. Malah anda sepatutnya menggunakan produk yang lebih melembabkan kulit di tapak kaki berbanding di kulit muka. Amalkan untuk menyapu krim pelembab di kaki 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi selepas mandi dan juga malam sebelum tidur. Untuk mencari krim pelembab yang terbaik untuk tapak kaki, anda boleh cari produk yang mengandungi bahan ini :

  1. Shea butter
  2. Urea
  3. Sodium hyaluronate
  4. Vitamin e
  5. Glycerin

      

 Sumber : Watsons Malaysia

                               

Sumber : Cerave

                                  

Pakai stokin semasa tidur 

Apabila tidur pada waktu malam, lebih-lebih lagi jika anda memakai penghawa dingin, kulit badan akan lebih cenderung untuk kering dan kasar kerana ia menarik kelembapan pada kulit. Oleh itu, sangat penting untuk anda memakai stokin semasa tidur terutamanya selepas meletakkan krim pelembab di tapak kaki. Tujuannya adalah untuk mengekalkan kelembapan kulit. Malah terdapat banyak lagi kelebihan jika korang tidur dengan memakai stokin ni, antaranya adalah ia dapat memudahkan anda untuk tidur dengan lebih cepat.

Untuk dapatkan tapak kaki yang lembut, halus, tidak kering serta bebas dari masalah kulit kaki yang lain, anda boleh amalkan cara ini bila perlu. Akan tetapi disyorkan untuk memakai pelembab kaki setiap malam supaya dapat memberi kelembapan yang cukup untuk tapak kaki, kemudian sarungkan stokin sebelum tidur. Baru lah tumit tidak lagi retak, kaki tidak kasar. Jangan lupa untuk memakai krim perlindungan di kaki pada siang hari untuk melindungi kaki daripada sinaran UV yang bahaya!

Komen