Mungkin ramai dikalangan anda yang jarang mengambil kira jumlah pengambilan untuk setiap hidangan rutin anda. Hakikatnya, setiap jumlah pengambilan sesuatu kelas makanan dalam piramid makanan adalah penting kerana ia mungkin akan memberikan kesan kepada kesihatan anda. Ia tidak sepenuhnya baik, namun ia juga tidak semuanya memudaratkan.
Adakah terdapat perbezaan pada pemakanan daging putih atau daging merah? Adakah kedua-dua daging mempunyai khasiat yang sama? Atau sebaliknya? Jenis-jenis daging putih adalah termasuk daging ayam, ikan dan sebagainya. Manakala daging merah pula ialah seperti daging kambing, lembu dan macam-macam lagi.
Daging merah ada kepekatan myoglobin yang tinggi. Darah merah tinggi kandungan zinc, riboflavin, niacin, thiamin, vitamin B6, B12, iron, yang selalu diwar-warkan kerana kegunaannya dalam pergerakan anaerobik iaitu creatine dan sebagainya. Disebabkan faktor tenaga, daging merah biasa digunakan semasa proses membesarkan badan.
Daging merah juga tinggi lemak tepu dan kolesterol jika dibandingkan dengan daging putih. Daging merah jika dimasak dengan suhu tinggi akan meningkatkan karsinogen yang mana boleh jadi penyebab kanser. Disebabkan lemak tepu yang tinggi, daging merah juga dikaitkan dengan pelbagai jenis penyakit.
Daging putih merupakan daging yang rendah pigmentasinya berbanding daging merah. Daging putih rendah lemak tepu dan kolesterol. Terdapat pelbagai jenis asid amino dalam daging putih seperti ikan. Kebiasaannya daging putih digunakan dalam proses memotong disebabkan kurang lemak lemak tepu dan tinggi lemak yang baik.
Tambahan, daging putih mengandungi serat yang lebih luas berbanding daging merah. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa jenis ikan yang tidak tergolong dalam kalangan ikan berdaging putih iaitu ikan salmon.
_______________________________________________________________________________
Fungsi utama daging adalah membantu dalam memberikan sumber tenaga kepada badan dalam melakukan aktiviti. Perlu diingatkan bahawa pengambilan daging yang berlebihan boleh mengakibatkan berlakunya permaslahatan pada jantung serta penyebab utama berlakunya strok. Jadi, anda perlu berhati-hati dan berwaspada tentang pengambilan daging dalam rutin seharian anda.