CPR atau namanya Cardiopulmonary resuscitation ini adalah satu teknik yang mana dapat menyelamatkan nyawa orang jika berada dalam kecemasan. Antaranya adalah apabila seseorang hampir lemas, terkena serangan jantung dan banyak lagi. Sangat penting untuk seseorang mengetahui serba sedikit tentang CPR sebagai persediaan, jika ada apa-apa yang berlaku, setidaknya mungkin kita akan memberi seseorang peluang untuk hidup. Apa yang ada perlu tahu sebelum melakukan CPR?

PERHATI KEADAAN MANGSA

Pertama sekali, perhati dan lihat jika mangsa masih bernafas atau tidak. Jika masih bernafas seperti biasa, periksa nadi dan dapatkan pertolongan dengan cepat. Jika pesakit tidak menunjukkan tanda-tanda bernafas secara normal,  panggil bantuan dan baru anda boleh lakukan CPR ke atas mangsa. Untuk mulakan CPR, pastikan mangsa diletakkan di permukaan yang rata.

LETAK TAPAK  TANGAN DI TENGAH-TENGAH DADA

Duduk bersebelahan mangsa dan letakkan tapak tangan anda pada tengah-tengah dada mangsa. Kemudian, tekup tangan anda dengan tangan lagi satu, dan selang-selikan jari anda pada tangan yang diletakkan di atas dada.

BUAT MAMPATAN DADA

Bangunkan badan sedikit, dan gunakan tenaga tangan anda untuk membuat mampatan dada dengan menolak ke bawah sekurang-kurangnya 4 hingga 5cm. Lepaskan tekanan tangan dan biarkan dada naik kembali, kemudian ulang kembali sebanyak 30 kali mampatan pada kadar 100 mampatan seminit, dengan langkah yang sama.

 

BUKA SALURAN UDARA

Dongakkan kepala mangsa dan buka mulutnya untuk membuka ruang udara agar udara dapat masuk. Kemudian, picit hidung mangsa dan sokong dagu mangsa dengan menggunakan tangan lagi sebelah. Ambil nafas seperti biasa, letakkan mulut anda pada mulut mangsa dan hembus hingga nampak dada mangsa naik.

LIHAT DADA TURUN

Setelah anda hembuskan udara, dada akan naik dengan sendiri, kemudian pantikan dada turun semula. Ulang semula langkah 4 dan 5 sebanyak 3-4 kali, dan selangkan dengan membuat mampatan di dada sehingga mangsa menunjukkan tanda-tanda positif.

DAPATKAN BANTUAN

Jika anda dapati mangsa telah sedarkan diri atau tidak menunjukkan apa-apa tanda, jangan lengahkan masa dan segera ke hospital untuk rawatan lanjut.

Jika anda ingin mahir dalam teknik memberi bantuan pernafasan ini, lebih bagus untuk anda belajar secara praktikal dengan mengambil kelas tambahan di luar. Lebih-lebih lagi jika anda mempunyai anak untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Ini kerana teknik memberi bantuan pernafasan atau CPR ke atas bayi berbeza dengan pemberian ke atas orang dewasa. Oleh itu sangat penting utuk ibu-bapa mahir dalam pemberian CPR untuk semua peringkat umur.

Sumber : Rd

 

Lihat profil
Aida Kamalia

139 artikel di Tajria.