Carian
Alasan Lelaki Kepada Kekasih
April 19, 2019 Penulis Kacak

Alasan Lelaki Kepada Kekasih

”Awk x syg sy lg ke?”. “Kenapa awk buat mcm tu kat sy?” “Apa salah sy?.” “Asyik alasan tu je, habis tu.. sy ni x penting???”

Dialog di atas kebiasaannya adalah ucapan dari si wanita pada si lelaki. Ucapan ini pasti seringkali diberi ketika berlakunya pertengkara. Namun, si lelaki pasti akan ada alasan untuk menenangkan keadaan dan si wanita pula akan terus katakan alasan tersebut adalah klise. Alasan kami dari para lelaki, bukan alasan kosong. Namun ia adalah alasan yang jujur dan ikhlas.

Di sini akan saya kongsikan, alasan yang kerap kami (lelaki) berikan kepada anda (wanita) dan turut menjelaskan makna alasan tersebut. Harap tulisan saya ini akan membuka hati anda dan terima dengan ikhlas hati. Saya akan cuba kategorikan ikut situasi.

Membalas Teks Lewat

Anda menghantar SMS atau WhatsApp, kami lewat balas. Perasaan resah mula hadir, risau, tidak tenang dan kadangkala terus hadir perasaan marah dan terus merajuk. 

Kami pula balas sepatah demi sepatah dan langsung tidak menenangkan keadaan.

Cuba anda terima hakikat, hidup kami bukan hanya untuk anda. Kami juga ada kehidupan lain. Bekerja, berjumpa bersama sahabat, makan/minum, tidur, rehat dan kadangkala bermain permainan atau bersukan.

Terima hakikat yang kami bukan sengaja. Kadangkala kami terlampau letih atau gembira, terus menikmati masa kami. Bukan kami tidak sayangkan/cintakan anda. Kami hanya meluangkan masa kami kepada perkara lain selain anda. Itu tidak bermakna, kami pinggirkan anda. Kadangkala juga kami sempat memberitahu anda sebelum kami lakukan sesuatu. 

Tenang wahai gadisku, kami jauh dari anda tetapi dekat di hati.

Pujian

Apabila anda memakai pakaian yang cantik dan manis yang memberi sinaran cahaya nur dan membuatkan kami terus tersenyum dan kemudiannya terus memuji anda – terima pujian itu.

Kadangkala, anda pasti terasa sebegini;

“Alah awak ni, saje je la tu… mesti ada apa-apa ni”

Pujian kami ikhlas. Terimalah.

Jika berada dalam situasi yang merumitkan keadaan seperti bergaduh, kami sering beri pujian dan anda pasti terasa pujian itu nanti hanya satu alasan untuk tidak menjadikan keadaan lebih rumit. Ya, pujian itu untuk tidak merumitkan keadaan. Tetapi pujian itu satu pujian yang ikhlas. Tidak mungkin kami yang cintakan anda, memberikan pujian yang kosong. Itu hakikat.

Jika anda cantik, ya kami puji. Jika anda comel, ya anda dipuji. Dalam situasi pertelingkahan, ada situasi yang apabiila anda sedang memarahi kami, merajuk depan kami – raut wajah anda berubah. Kami akan terasa sedih, bersalah, kerana wajah anda berseri dan comel. Di cermin atau mata orang lain mungkin tidak, di mata saya ya.

Kita teruskan dengan situasi memuji gadis lain. Gadis ini mungkin adalah orang asing, rakan, saudara atau juga selebriti. 

Pasti anda pernah bertanyakan soalan; 

“Awk, cantik x dia?”. “Awk, dia cantik ke sy cantik?”

Anda tanya soalan, kami jawab. Kadangkala apabila kami menjawab anda lebih cantik, anda pasti ingat kami sengaja kerana ingin menjaga hati. Akan tetapi, apabila kami jujur, anda mula rasa marah dan cemburu. Kebiasaannya cemburu.

Ramai lagi gadis cantik di luar sana, malah saya berani katakan yang ada yang lebih cantik dari anda. Kami puji. Kami puji yang mereka lebih cantik. Tetapi, anda terlupa satu perkara penting! Cantik mana pun mereka, kami memilih anda sebagai gadis pilihan kami dan bukan mereka.  

Berkawan Dengan Gadis Lain

Kawan bermaka kawan dan tidak lebih daripada itu.

Kalau kami sudah mula bersama dengan anda, adakah itu bermakna kami harus putuskan hubungan kami dengan kawan wanita lain? Adakah bermakna kami tidak lagi boleh berkawan dengan wanita tersebut?

Janganlah cemburu. Kami hanya berkawan, malah kami sudah berkawan lebih lama sebelum kami bercinta dengan anda. 

Janganlah cemburu. Anda juga pasti ada kawan-kawan lelaki lain, jejaka kacak di pejabat yang rapat atau kawan baik dari zaman sekolah – adakah anda bercinta dengan kami bermakna anda perlu putuskan hubungan dengan mereka? Situasi ini Kebiasaannya terjadi kepada kami para jejaka. Kami tidak boleh berkawan dengan gadis lain, tetapi anda boleh berkawan dengan jejaka lain.

Kami juga punyai sifat cemburu. Cuma kami tidak tunjukkan. Kami juga kadangkala marah, cuma kami beri nasihat jangan lebih-lebih. Kami faham, mereka adalah kawan anda dan anda memilih kami sebagai jodoh.

Begitu juga kami, mereka adalah sahabat dan anda adalah pilihan hati kami.

Jangan Malu, Jangan Segan & Jangan Harap

Jika anda ingin lakukan sesuatu yang baik kepada kami, contohnya belanja kami makan, berikan kami hadiah istimewa atau juga mengadakan kejutan – silakan dan jangan malu.

Cuma, buatlah segala perkara kebaikan tadi dengan pebuh ikhlas dan jangan harapkan satu balasan. Ya, buat baik dibalas baik. Tetapi, tidak semua perkara yang anda lakukan – kami perlu lakukan semula pada anda.

Kami sayang anda. Kami cintakan anda. Anda lakukan perkara tadi dengan penuh ikhlas dan kelak di masa hadapan janganlah ungkit dan harapkan satu pembalasan. Apa yang anda akan terima daripada kami adalah kasih sayang.

Pada kami, kasih sayang adalah satu hadiah atau pembalasan atas segala kebaikan yang telah anda lakukan. Bukan kami tidak romantik, kami kadangkala hanya simpan satu saat terbaik untuk berikan anda satu kejutan terbaik yang akan membuatkan anda sentiasa teringat, sentiasa bersyukur dan jadikannya sebagai memori indah.

Mungkin kami akan mula ucapkan “Sudikah awak menjadi isteri saya”

Mendengar

Kami yakin, anda gemar apabila kami tadahkan telinga untuk dengar segala luahan anda. Percaya atau tidak, kami juga gemar anda luahkan segala perkara yang anda sudah lama ingin luahkan yang sudah lama terkunci di fikiran.

Ingat ini, saat kami mula mendengar luahan masalah anda. Kami akan terus berfikir cara untuk selesaikan masalah tersebut. Apabila kami terus potong saat anda sedang meluahkan masalah, anda mula marah dan beri alasan yang kami tidak ingin mendengar. 

Bukankah lebih baik, jika anda berikan nasihat kepada kami yang anda hanya inginkan kami mendengar dan bukan mencari solusi. Kami sayangkan anda, oleh itu apabila anda luahkan masalah, kami berusaha fikir mencari cara membaiki masalah.

Kami kadangkala keliru, jika saat-saat seperti ini adalah untuk mendengar sahaja, atau bantu? Jadi, berikan klu awal untuk kami bersedia bertindak. Percayalah, kami sentiasa mendengar dan menjaga hati anda.

Tamat

Buat masa ini, itu sahaja daripada saya Penulis Kacak. Saya akan cuba sumbangkan lebih banyak artikel, cerpen, tips berkaitan seperti ini. Saya di dunia realiti adalah seorang yang mudah jatuh cinta, lemah disamping wanita dan segan untuk mencari jodoh baru. 

Ini kerana, sejak hati saya dimainkan selama bertahun lamanya, saya hilang harapan atau keberanian saya telah lenyap. Jadi, dengan artikel seperti ini, saya harap saya membuka fikiran anda lebih luas dan juga membantu saya membina diri saya semula untuk mula bercinta kembali.

🙂 <3

 

 

Komen