Tidak Boleh Tidur? Insomnia? Ini Bermakna Anda Belum Move On
Orang-orang tua kerap tegur, sebelum tidur basuh kaki. Bila ditanya kenapa, sebab mudah untuk tidur atau elak dari sebarang gangguan. Percaya atau tidak, sehingga hari ini saya masih lakukannya.
Pernah atau tidak anda alamai insomnia, di mana anda kurang tidur pada waktu malam? Mereka yang sukar tidur atau tidak cukup tidur pada waktu malam, menurut kajian 70-80 peratus golongan ini akan mengalami gangguan keresahan.

Kenapa resah? Jika ditanya kepada saya, jawapan yang mudah adalah anda belum move on lagi dengan kisah silam. Maksud saya seperti anda baru putus dengan kekasih atau sudah lama tetapi belum move on.
“If we are chronically sleep deprived, if we keep losing sleep, it could sensitize us to greater anxiety levels and help develop an anxiety disorder.”
Menurut wakil Jabatan Neurosains, University of California – Eti Ben-Simon, kekurangan tidur akan mencetuskan mekanisma di otak yang membuatkan kita sensitif kepada keresahan. Lagi banyak kurang tidur, lagi kerap perasaan resah tiba.
Jika sebelum tidur anda mengimbau kenangan silam dengan yang tersayang. Oops maaf, yang pernah menyayangi anda, atau kerap berfikir mengenai si dia, sebahagian otak kita akan kerap menjana aktiviti yang beremosi. Bahagian ini adalah korteks cingulate anterior dorsal dan amygdala. Dua bahagian ini adalah di mana pemprosessan perasaan negatif terhasil.

Akan tetapi, apabila kita dapat tidur yang mencukupi – bahagian otak yang memproses perasaan tadi tidak aktif. Tidur yang cukup tidak bermakna lena atau nyenyak. Tidur yang lena terdapat dua jenis: 1) REM (rapid eye movement) tidur dan mimpi, 2) nonREM tidur yang sangat lena dan tenang.
Disebabkan itu, keesokan paginya hari kita akan bermula dengan pelbagai perasaan resah, gelisah, derita, sedih, dan lain-lain. Jadi, konklusinya – kurang tidur = perasaan resah. Untuk elakkan perasaan resah ini muncul, pastikan anda tidak berfikir banyak mengenai kisah cinta lama. Tidur puas, tidur nyenyak akan bangun dengan tenang.