Pengalaman Makan Buffet Trace Restaurant & Bar Di Tingkat 40
Untuk sesiapa yang sukakan makanan buffet terutamanya untuk makan malam, Aida sangat syorkan untuk pergi ke Trace Restaurant & Bar sementara baucer masih ada. Seperti wanita yang lain, Aida tidak lepas peluang untuk mencari baucer-baucer menarik yang ditawarkan oleh restoran-restoran di Fave. Apa itu Fave? Fave adalah satu laman yang membawa diskaun-diskaun menarik sehingga 80% di restoran, kafe, salun, gim dan banyak lagi!
Kebiasannya, Aida memang akan mencari baucer untuk makanan buffet di Fave kerana tawaran harga yang diberikan sangat berbaloi berbanding jika korang pergi ke restoran itu sendiri. Senang sangat untuk korang guna Fave ini! Korang boleh muat turun aplikasi Fave atau pergi ke laman web mereka dan tetapkan lokasi pilihan korang.
Ini baucer yang Aida beli pada minggu lepas iaitu buffet di Trace Restaurant & Bar terletak di Elements, Jalan Binjai Kuala Lumpur. Untuk korang yang duduk sekitar Lembah Kelang memang sangat beruntung sebab banyak sangat pilihan baucer diskaun di sekitar lokasi ini! Disebabkan harga buffet ni menarik, Aida terus beli baucer ini dan buat panggilan telefon untuk menempah meja. Harus diingatkan disini, korang baca dahulu arahan dan informasi yang diberikan. Ini kerana ada restoran yang hanya ditawarkan pada hujung minggu sahaja.
Untuk pergi ke tempat ini pula, korang boleh waze Trace Restaurant & Bar, dan masuk parkir di dalam bangunan Ilham Tower. Kemudian turun lift untuk cari hotel Elements, dan naik tingkat 40 untuk ke Trace Restaurant & Bar.
Sampai sahaja di restoran, sangat excited untuk makan! Terletak di tingkat 40, korang boleh nampak view bangunan-bangunan sekitar Kuala Lumpur, malah KLCC pun boleh nampak! Korang harus pergi ke kaunter untuk tebus baucer dahulu pada aplikasi. Pada mulanya Aida diberitahu yang tempahan Aida tidak ada dalam list. Berubah muka! Namun pekerja mereka terus mencari meja kosong untuk memuatkan 5 orang. Terpaksa kami tunggu selama 5 minit untuk meja. Tapi tak mengapa!
Jalan menuju ke meja kami, korang boleh lihat di kanan Aida chef yang sedang sibuk memanggang!
Menariknya, kami dapat meja betul-betul di tepi view luar! Korang tak boleh tempah meja di tepi ni tau, bergantung pada nasib ketika itu. Apa lagi jom tengok apa makanan yang ada!
Inilah niat utama Aida untuk pergi ke sini, BBQ! Korang hanya perlu pilih daging atau seafood yang korang inginkan, dan bagi chef dengan meninggalkan nombor meja korang. Bila makanan dah siap, mereka akan hantar terus ke meja! Tengok sajalah pilihan daging dan seafood yang ada, sirloin, rib eye, lamb. Kalau di kedai harga rib eye sangatlah mahal! Apa lagi, ambil lah banyak-banyak.
Seafood seperti sotong, udang, ikan seabass juga ada.
Ini live grill yang Aida maksudkan tu. Chef akan grill depan mata korang semua makanan yang korang bagi tu. Depa tu pula pilihan sos seperti blackpepper, bbq sauce, kuah asam dan banyak lagi.
Pilihan makanan yang lain untuk korang makan bersama daging grill atau pun seafood tadi. Baked potatoes, grilled broccoli, nasi goreng dan bihun goreng. Aida hanya ambil baked potatoes dan sayur sahaja untuk simpan perut makan daging!
Steamboat pun ada tau, pilih sahaja mee, bihun, kuey teow dan bagi chef di kaunter untuk mereka celur sehingga masak.
Minuman yang Trace Restaurant sediakan pula agak berlainan berbanding buffet yang lain. Biasanya kita akan jumpa fresh orange, mango juice, air sirap dan macam-macam lagi. Di Trace Restaurant, mereka hidangkan minuman detoks! Air infused bersama buah-buahan seperti orange, apple dan lemon yang mana mereka campurkan setiap buah ini. Mungkin ada yang rasa ‘off’ sedikit, sebab tidak ada air manis.
Ada juga roti jala yang mereka akan buat live depan mata korang. Boleh pilih nak makan dengan kari atau pun cecah bersama madu dan peanut butter.
Sampai sudah daging yang dipanggang tadi. Korang nampak kan betapa juicynya daging ni? Masih dapat lihat warna pink sedikit dalamnya. Sungguh lembut dan sedap! Aida paling suka untuk cecah bersama sos bbq. Kalau korang yang inginkan well done, mungkin boleh tinggalkan pesanan kepada chef pembantu.
Makan sambil melihat pemandangan Kuala Lumpur. Heavenly.
Sambung makan lagi, kali ini Aida ambil banyak lamb dan udang juga. Macam Aida sendiri, Aida lebih suka makan kosong begini berbanding makan bersama nasi. Bukan apa, makan bersama nasi nanti akan cepat kenyang. Rugi tak makan daging banyak-banyak.
Pilihan roti yang korang boleh pilih untuk makan bersama mushroom soup. Korang boleh juga request untuk chef panaskan roti. Mushroom soup disini sangat sedap!
Kalau korang makan buffet, pastikan perut kosong supaya boleh makan semua yang ada. Untuk pilihan dessert, korang boleh pilih ais kacang dan banyak pilihan cake dan pastry. Tapi maaf, Aida lupa pula nak tangkap gambar dessert. Mengecewakan sedikit, biasanya buffet pasti ada aiskrim, tapi mereka tidak hidangkan disini.
Sedang ralit bersembang, datang pula chef bersama troli yang mereka akan pusing di sekeliling meja. Mereka akan tanya sama ada nak atau tidak, Aida pun angguk! Daging brisket yang dihidang bersama sayur dan sos mint, sungguh lembut dan sangat juicy!
Konklusinya, sangat berbaloi untuk makan di sini jika korang gemar dengan daging dan seafood bbq! Kerana secara jujurnya, pilihan makanan di buffet-buffet lain jauh lebih banyak. Tetapi sangat berbaloi dengan daging rib eye, brisket, sambil menikmati pemandangan Kuala Lumpur pada tingkat 40. Sedap dan berbaloi.
Untuk korang semua yang nak makan disini, cepat beli baucer dan tebus sebelum 2 Jun 2019!