Baru-baru ini keluar satu artikel yang mengatakan stigma masyarakat yang sering meminggir dan memulau pesakit-pesakit HIV, membuatkan golongan ini tidak mahu menerima sebarang rawatan. Jelas sekali, apabila pesakit-pesakit HIV tidak mendapatkan rawatan serta bimbingan yang betul, ia akan menyebabkan AIDS kepada pesakit. Secara faktanya, pesakit yang tidak mendapatkan rawatan yang betul, mereka akan menghidap AIDS pada tahun ke 8 atau ke 10. Ya, HIV dan AIDS memang tiada penawar untuk menyembuhkan penyakit ini. Namun, sebagai manusia yang seharusnya mempunyai sifat empati dan simpati, kita tidak patut memulau golongan ini, seterusnya menyokong mereka menjalani kehidupan seharian.
Apa itu HIV? Mari kita lihat di bawah apa yang anda patut tahu tentang HIV!
HIV atau Human Immunodeficency Virus adalah virus yang akan memusnahkan sistem imunisasi badan seseorang, iaitu sel CD4 (sel T) yang membantu sistem imun untuk melawan jangkitan. Jika tidak dirawat, ia akan membawa ke penyakit yang lebih besar iaitu AIDS. Oleh kerana tiada lagi penawar untuk HIV dan AIDS, jika seseorang mendapat tahu dia penghidap HIV, pesakit akan menghadapi penyakit ini sepanjang hidupnya.
Secara dasarnya, HIV dapat merebak dan berjangkit melalui cecair badan. Iaitu :
Apabila seseorang melakukan hubungan seks/anal, seks oral yang tidak selamat (tidak menggunakan kondom) bersama orang yang menghidap HIV/AIDS. Sebarang cecair faraj, air mani yang memasuki badan, kemungkinan besar anda akan dijangkiti HIV.
Apabila berkongsi jarum. Disebabkan jarum menyebabkan kulit terkoyak/terbuka, apabila ia terkena darah seseorang yang menghidap HIV, dan anda menggunakan jarum yang sama digunakan pesakit. Risiko untuk menghadapi HIV sangat tinggi. Lebih-lebih lagi jika jarum yang digunakan tidak disteril dengan baik.
Pemindahan darah atau organ dari orang yang menghidap HIV. Sebarang pemindahan darah dan organ dari pesakit HIV, automatik akan berjangkit HIV juga.
Ibu yang dijangkiti HIV dan sedang mengandungkan anaknya. Anak yang dikandungkan itu automatik akan menghidap HIV.
Akan tetapi, masih ada lagi masyarakat di luar sana yang tidak tahu bahawa HIV tidak akan berjangkit jika tiada sebarang pemindahan cecair yang ditulis di atas. Disebabkan pemahaman yang terhad tentang HIV, ini menyebabkan orang ramai menjauhi pesakit-pesakit HIV.
Sangat penting untuk mendidik anak-anak anda dan berbicara secara telus dan terbuka untuk memberi pendedahan tentang HIV. Sekurang-kurangnya, mereka mempunyai pemahaman yang betul tentang HIV.
Pesakit yang menghidapi HIV dapat hidup dengan lama, jika pesakit mendapatkan rawatan dan makan ubat dengan konsisten. Usah rasa HIV ini merupakan penyakit yang memusnahkan hidup, dapatkan sokongan moral daripada orang terdekat atau pun sertai kumpulan-kumpulan sokongan yang ada di Malaysia khas untuk penghidap HIV.
Akhir kata, jagalah diri dengan baik supaya tidak menghidap HIV mahupun AIDS yang pastinya akan memberi kesan buruk pada masa akan datang.
Rujukan :