Carian
Ketahui Fasa-Fasa Haid 
April 23, 2019 Aida Kamalia

Ketahui Fasa-Fasa Haid 

Haid terjadi apabila seorang  perempuan mencapai umur dalam lingkungan 11-15 tahun. Dimana jika seseorang itu sudah haid, dia sudah mencapai akil baligh dan berupaya untuk mengandung. Kitaran haid yang normal adalah sekitar 28-30 hari dan mempunyai 4 fasa berbeza. Sebagai perempuan, sangatlah  penting untuk kita mengetahui maksud untuk setiap fasa lebih-lebih lagi jika ada di antara anda semua yang baru sahaja datang haid, atau pun anda seorang ibu-bapa yang ingin membincangkan perkara ini bersama anak perempuan anda.

Baca di bawah dengan teliti!

Fasa 1 – Fasa Haid

Fasa haid adalah fasa yang pertama yang dikenali sebagai haid atau period dimana darah akan keluar dari bahagian sulit kita. Ini terjadi kerana ovum yang terjadi di ovum tidak berlaku sebarang persenyawaan, ovum akan dibuang bersama darah, lendir dan tisu dari rahim melalui faraj.

Antara simptom-simptom yang bakal hadapi :

  • Senggugut (sakit di bawah perut)
  • Badan lemah
  • Kaki lenguh
  • Sakit pinggang
  • Emosi tidak stabil
  • Payudara sakit

Fasa 2 – Fasa Follikel 

Fasa follikel ini terjadi apabila habisnya darah mengalir ketika fasa haid. Pada waktu ini juga badan seperti ‘recharge’ selepas terjadinya kehilangan darah semasa haid, dan darah akan membentuk satu lapisan  tebal di dinding rahim. Kelenjar pituitari merembeskan hormon yang merangsang sel telur dalam ovari untuk tumbuh dan telur akan menjadi matang.

Fasa 3 – Fasa Ovulasi 

Ovulasi akan terjadi pada hari yang ke-14, jika kitaran haid anda adalah selama 28 hari. Untuk mengetahui hari ovulasi anda, ia adalah hari ketujuh selepas haid habis. Ketika ini, telur dihasilkan sudah menjadi matang dan peluang untuk persenyawaan adalah tinggi. Telur yang matang pula akan hidup selama 24 jam sahaja dan ia akan mati jika tidak berlaku persenyawaan.  Hari ovulasi ini juga adalah hari yang patut pasangan ambil tahu jika ingin mendapat cahaya mata.

Fasa 4 – Fasa Luteal 

Pada ketika ini, jika tiada persenyawaan berlaku, ia akan bersiap sedia untuk dilepaskan. Jika berlaku persenyawaan, badan akan mengeluarkan human chorionic gonadotropin (hCG) yang boleh dikesan menggunakan pregnancy test. Kalau tidak hamil pula, hormon estrogen dan progesteron menurun seterusnya lapisan uterus akan bersedia untuk jatuh semasa haid.

 

Simptom-simptom yang bakal dihadapi :

  • Keputihan yang banyak
  • Payudara bengkak
  • Sakit kepala
  • Emosi ti   dak stabil

Disebabkan itu, sangatlah penting untuk kita mencatat kitaran period kita. Kalau malas untuk tulis di dalam buku, anda boleh muat turun aplikasi di telefon pintar. Lain orang, lain simptom yang akan dihadapi. Tetapi jangan takut dan risau kerana ianya normal jika anda rasa tidak selesa dan terlebih penat. Terdapat cara yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan kesakitan. Contohnya mengambil panadol menstrual, tuam air panas di perut dan macam-macam lagi. Kalau andamempunyai masalah yang luar biasa, sila rujuk ke doktor ya!

Komen