Penulis Kacak Diterbitkan 23 April 2019

Apa Erti Cinta?

Apa Erti Cinta?

Erti cinta banyak. Pada saya, setiap insan mempunyai definisi cinta yang berbeza. Ada yang mendefinisikan cinta itu; 

boleh diumpamakan bagai makan sambal belacan, walau pedas hingga mengalir air mata masih mahu di makan jua.

Benarkah untuk temui pasangan yang sebenar, seseorang itu perlu mempunyai sifat yang berlawanan? Contoh, si gadis baran dipadankan dengan jejaka yang lemah lembut.

Dengan bertemu dengan seseorang yang berlawanan sifat, hipokrit dapat dielakkan. Lantas, masing-masing boleh terima sifat baik/buruk dan kekal bahagia. Pendapat saya ya dan tidak.

Pada awal ya, mungkin kita akan kagum. Diri kita ada sifat yang berbeza dengan si dia. Jadi sifat si dia adalah pelengkap kepada kekurangan diri. Akhir nanti, salah seorang pasti akan bosan, penat, marah atau tidak puas hati – kenapa sikap dia kekal begini dan tidak berubah. Itu pandangan saya. Namun, jodohkan di tangan tuhan. 

Cinta sebenar akan tiba, jika kita menjual mahal untuk dapatkan si dia.

Cliche. 

Kau kalau suka dia, jangan biar obvious. Buat-buat tenang, cool. Jual mahal. Lama-lama dia sedar, dia approach kau, baru kau confess.

Ini sebenarnya bodoh!. Ya, mungkin benar. Awal-awal nampak kesungguhan yang si dia berusaha untuk dapatkan. Kita pun mulalah rasa gembira, sebab nampak kesungguhan itu. Tapi…

Kalau si dia sudah berusaha, namun masih tidak berikan petanda – lama kelamaan rasa keinginan itu pudar dan akan terus terfikir, dia bukan untukku. Usaha tahap mana, masih tiada hasil. Awas, jika erti cinta anda adalah bergantung kepada kesungguhan seseorang!

Percaya atau tidak, pasti tiada hubungan yang sempurna 100%. Pasti akan ada konflik yang timbul. Perlu ada inisiatif diri untuk perbaiki dan cari jalan dan bukannya lari dari masalah. Selesaikan masalah yang ada, jangan pendam lama – sebabnya ia akan menjadi duri dalam percintaan. Luahkan segala yang terbuku dan bincang cara baik.

Kemudian, pastikan keyakinan diri kita ini ketika saat meluahkan perasaan. Beranikan diri dan terima sahaja apa jua keputusan, baik diterima atau ditolak. Cinta itu hanya lafaz, selagi belum dapat buktikan yang hubungan itu adalah hubungan yang serius.