Mengapa Anda Perlu Mendapatkan Insurans Perjalanan?
Insurans perjalanan (atau insurans percutian) adalah penting ketika anda ingin bercuti di luar negara. Ini adalah untuk memastikan anda mampu membayar sesetengah jenis pembiayaan ketika anda berada di luar negara. Hal ini disebabkan anda barangkali tidak tahu akan prosedur tertentu untuk sesebuah negara, selain kos yang perlu ditampung mungkin lebih tinggi berbanding kos di dalam negara. Bagi mendapatkan insurans dan perlindungan sepanjang tempoh percutian, anda perlu membeli insurans perjalanan sebelum jadual penerbangan anda berlangsung
.Berikut adalah senarai insurans yang anda boleh dapatkan sebelum anda bercuti di luar negara:
1. Perlindungan pembatalan perjalanan
Anda boleh mendapatkan pelindungan pembatalan perjalanan, jika berlaku sebarang kecemasan yang memerlukan anda untuk membatalkan perjalanan anda seperti kematian, bencana atau kecederaan. Jangan bimbang tentang kos pengangkutan dan penginapan kerana pembatalan perjalanan anda. Pihak berkenaan akan membayar balik perbelanjaan yang tidak dikembalikan sekiranya perjalanan anda dibatalkan disebabkan peristiwa tertentu, dalam masa 60 hari sebelum tarikh berlepas anda.
2. Perlindungan gangguan perjalanan
Apabila berlaku pembatalan penerbangan di sesebuah negara, dengan bantuan insuran perlindungan, wang dan belanja tiket dapat di kembalikan atau anda boleh menginap di sebuah hotel yang selesa. Dengan perlindungan insurans perjalanan untuk hal berkaitan dengan cuaca, anda akan boleh mendapatkan kos pra-bayar anda. Perkhidmatan bantuan pelancongan juga akan membantu anda mengaturkan percutian di lokasi baru akibat gangguan perjalanan.
3. Perlindungan barang tertangguh atau lambat
Dengan perlindungan untuk beg yang tertangguh, anda boleh berehat. Talian perkhidmatan hotline akan membantu anda mendapatkan semula beg anda. Anda juga akan dibayar balik untuk item penting yang anda perlukan untuk menikmati perjalanan anda. Jika berlaku kerosakan dan kehilangan beg sama ada ia hilang atau dicuri, anda akan menerima bayaran semula untuk pakaian dan barangan peribadi anda. Selain itu, anda turut akan memperoleh ganti rugi untuk beg pakaian supaya anda boleh membawa barangan baru ke rumah anda.
4. Insurans kehilangan atau kecurian
Selain perlindungan untuk pembatalan perjalanan dan barangan yang tertangguh, anda turut boleh mendapatkan wang perlindungan dan tuntutan di atas kehilangan barangan peribadi termasuk barang kemas, jam tangan, telefon pintar disebabkan rompakan, ragut atau pickpocket. Anda mesti membuat laporan polis tempatan (polis untuk negara yang anda menginap) dalam tempoh 24 jam selepas insiden tersebut.
5. Insurans bencana atau keganasan
Jika berlaku bencana seperti gempa bumi, banjir atau letusan gunung berapi atau keganasan di tempat penginapan atau penerbangan yang telah anda rancang, anda tidak perlu risau akan segala perbelanjaan yang telah anda lakukan.
6. Insurans perubatan
Untuk insurans perubatan, anda boleh menuntut pampasan sehingga RM100,000. Namun, anda perlu mendapatkannya 12 jam sebelum percutian anda.
7. Insurans kecemasan
Anda boleh mendapatkan bayaran balik untuk kos perjalanan, tempat tinggal dan kos tambahan yang tidak dapat dikembalikan yang dibayar terlebih dahulu dan tidak dapat diperolehi dari mana-mana pihak yang berkaitan.