Carian
Kesan Buruk Memakai Kasut Tinggi Terlalu Lama 
April 24, 2019 Aida Kamalia

Kesan Buruk Memakai Kasut Tinggi Terlalu Lama 

Apabila kita memakai kasut tinggi, secara automatik diri akan menjadi lebih berkeyakinan. Memakai kasut tumit tinggi ini membuatkan postur badan kita menjadi lebih cantik, menaikkan punggung dan juga dada. Boleh dikatakan wanita pasti ada sekurang-kurangnya satu kasut tumit tinggi di rumah! Memang cantik apabila dipakai, lebih-lebih lagi untuk tampil menarik di acara khas seperti makan malam, majlis rasmi dan banyak lagi. Namun, korang tau tak pakai kasut tinggi terlalu lama pun ada kesan buruknya? Baca di bawah kesannya! 

 

Sakit belakang dan pinggang 

Lebih tinggi kasut tumit tinggi itu, lebih tinggi risiko untuk sakit di kemudian hari. Ia akan menyebabkan sakit belakang yang sangat sakit. Disebabkan permukaannya yang tidak rata, ia tidak dapat  menyokong badan dengan betul. Lebih-lebih lagi jika korang mempunyai hari yang sibuk dimana perlu berjalan kesana sini. Maka terjadilah sakit belakang korang tu.

Kaki menjadi lenguh 

Lepas seharian pakai kasut tinggi atau selepas habisnya majlis rasmi, mesti korang tanggal kasut tinggi dan jalan berkaki ayam sahaja kan? Tipu la kalau tak buat macam tu! Itulah antara kesannya, kaki akan menjadi lenguh dan sakit jika memakai kasut tinggi terlalu lama. Seperti mencucuk-cucuk dan perit rasanya. Bahkan pada hari esoknya juga masih lagi terasa lenguh disebabkan kasut tumit tinggi. Bak kata orang, cantik sekejap, sakitnya lama!

Kaki mungkin akan terseliuh 

Apabila memakai kasut tumit tinggi, risiko untuk terjatuh atau tersungkur amat tinggi. Lebih-lebih lagi jenis stilleto dimana tumit kasut sangat nipis dan tajam. Jika korang berjalan di permukaan lantai yang tidak rata seperti jalan berlubang dan berbatu. Korang akan berjalan dengan teragak-agak, kemudian sangat mudah untuk jatuh tersungkur. Disebabkan itu, kaki akan terseliuh, mula la korang akan jalan dengan terhenjut-henjut. Peritnya dengar!

Peredaran darah terganggu 

Jika korang memakai kasut tinggi, kemungkinan ia akan menganggu peredaran darah dalam badan. Ini kerana ia memaksa kaki dimasukkan ke ruang yang kecil dan ketat membuatkan pengaliran darah ke kaki agak sukar. Lebih parah lagi,  ada juga wanita yang pakai kasut tumit tinggi dan kakinya terasa kebas. Itu menunjukkan darah tidak mengalir ke kaki. Jika korang ada rasa sebegini, tanggal kasut terlebih dahulu ya.

Risiko mendapat penyakit serius

Wanita yang sering memakai kasut tumit tinggi dalam jangka panjang yang lama, mereka akan lebih terdedah dengan risiko menghadapi penyakit yang lebih serius. Sebagai contoh sakit lutut atau osteoarthritis. Mengikut kajian, penyakit ini dua kali ganda lebih banyak dalam kalangan wanita berbanding lelaki dan penyebab utamanya juga mungkin disebabkan pemakaian kasut tumit tinggi. Selain daripada itu, pemakai juga mungkin akan menghidap penyakit neuromia dimana saraf kaki akan rosak dan terpaksa melalui pembedahan untuk pulih.

Memang diakui, kita sebagai wanita memang suka kelihatan cantik dan bergaya, bukan untuk sesiapa tapi untuk puaskan hati sendiri. Kan? Tetapi Tajria nak ingatkan disini, berpada-padalah jika ingin kelihatan cantik. Boleh untuk pakai kasut tumit tinggi, tapi pastikan korang kawal pemakaian kasut tinggi ya. Jika terasa sakit yang luar biasa, jangan dibiarkan begitu sahaja tapi pergi berjumpa doktor untuk pemeriksaan okay! Ingat, kesihatan yang baik tidak dapat dibandingkan dengan apa pun walaupun wang  ringgit.

Komen