Meriahkan Koleksi Raya 2019 Anda Bersama Lazada
Bersempena musim perayaan yang bakal tiba, Lazada Malaysia hadir dalam membawakan variasi koleksi raya dari pelbagai jenama fesyen terkemuka di Malaysia. Antara jenama yang turut hadir dalam memperagakan koleksi busana raya pada acara Lazada Style Fashion Show termasuk Fazbulous, Mawared, MissLily Shop, Carlo Rino, Habib Jewels dan bermacam lagi.

Di pertunjukan fesyen ini, anda dapat melihat pelbagai gaya yang dipertontonkan oleh para pereka fesyen tanah air untuk musim perayaan yang akan datang. Apa yang menarik perhatian saya ialah, untuk edisi raya tahun ini, para pereka fesyen menampilkan rekaan busana yang tampak moden namun masih mengekalkan ciri tradisional melayu yang sangat menarik.
Kali ini, MissLily Shop menampilkan sedikit kelainan pada busana keluaran mereka, yang mana mereka membawakan rekaan poket kecil pada baju kurung wanita. Dengan meletakkan poket pada baju kurung ini, ia menjadikan si pemakai tampak manis dan bergaya ketika hari perayaan. Selain rekaan poket, saya juga turut tertarik dengan pilihan corak pada rekaan baju kurung mereka. Corak bunga kecil yang dipadankan bersama warna-warna pastel pada busana menjadikan rekaan yang diperagakan menjadi pilihan kebanyakkan wanita pada masa kini.

Tidak ketinggalan juga, busana dari Fazbulous yang menampilkan pilihan warna-warna yang lebih berani. Berbeza dengan busana dari pereka fesyen lain, Fazbulous hadir dengan rekaan dan corak yang sangat minimal untuk koleksi raya kali ini. Namun, bagi anda yang suka akan rekaan minimalis, sudah tentu busana Fazbulous ini mampu menarik perhatian anda untuk mendapatkannya.


Selain baju kurung dan kebaya, Lazada turut membawakan koleksi beg tangan dan kasut dari jenama terkenal Carlo Rino di platform atas-talian mereka. Dengan ini, anda tidak lagi perlu risau untuk mencari satu set lengkap untuk OOTD raya anda kerana di Lazada, anda boleh mendapatkan semua kelengkapan diri termasuk pakaian, kasut, beg tangan, barang kemas dan juga kosmetik semua di laman e-dagang tersebut.
Menariknya, bagi anda yang beminat untuk mendapatkan gaya terbaru untuk raya tahun ini, anda boleh bersiap sedia dengan ‘Laz Raya Together-Gether’ yang menampilkan pelbagai penawaran yang mengujakan menerusi Laz Gaya, Laz Lepak, Laz Nyala, Laz Raya dan Laz Gerak bermula 25 April ini sehingga 23 Mei 2019. Mari kita bersama-sama memeriahkan raya 2019 ini dengan pelbagai tawaran terbaik dari Lazada pada hari ini!
