Arang Aktif Putihkan Gigi?
Sekarang kalau korang tengok dekat media sosial seperti Instagram, Twitter dan macam-macam lagi, ramai betul orang buat perkongsian putihkan gigi guna serbuk arang. Siap buat demostrasi dan cara untuk gunakannya serbuk arang untuk putihkan gigi. Selamat ke sebenarnya pakai serbuk arang untuk gigi? Biasa kalau dekat klinik pesakit sakit perut dan cirit birit, doktor akan bagi arang dalam bentuk tablet kan. Macam mana pula kalau pakai dekat gigi?
Apa itu arang aktif?
Arang aktif atau activated charcoal ni bukan seperti arang yang buat barbeku tu. Sebenarnya arang aktif ini adalah satu jenis karbon yang diproses untuk membuat lubang kecil dimana ia akan menyerap kimia. Arang aktif ini juga tidak menyerap dalam badan manusia. Disebabkan itu, arang aktif banyak digunakan dalam bidang perubatan untuk merawat sakit perut, cirit birit serta keracunan makanan.
Boleh putihkan gigi?
Tidak dinafikan, arang aktif bagus untuk membersihkan gigi dimana ia akan meghilangkan plak gigi serta kotoran yang berada di atas permukaan gigi. Arang aktif juga boleh mengurangkan gigi yang kuning akibat terlalu banyak pengambilan kafein. Akan tetapi, kalau gigi korang memang semulajadi kuning, tiada kajian kukuh mengatakan ia mampu memutihkan gigi!
Kesan buruk arang aktif
Walaubagaimanapun, penggunaan arang aktif untuk gigi dalam jangka masa yang panjang, ia akan memudaratkan kesihatan gigi. Kenapa? Ini kerana mineral didalam arang atif itu akan merosakkan enemel gigi, dan membuatkan gigi korang menjadi lebih nipis dan rapuh. Korang nak ke belum tua lagi, baru umur 30an tapi gigi dah rapuh dan pecah!
Disebabkan arang aktif ni mempunyai risiko untuk merosakkan gigi seperti gigi terhakis, rasa ngilu dan banyak lagi, Tajria cadangkan janganlah guna arang aktif untuk memutihkan gigi. Gigi yang kuning sebenarnya normal, ini terjadi kerana kesan daripada minum teh dan kopi secara keterlaluan. Malah doktor gigi juga tidak menyarankan korang guna arang aktif untuk gigi demi menjaga kesihatan gigi kita. Kalau betul nak putihkan gigi, korang boleh membuat rawatan pemutihan gigi di klinik gigi bersama doktor yang lebih pakar! Paling penting, terjamin keselamatan gigi korang!