Menjelang berlakunya sesuatu acara, sudah pasti akan ada banyak tugasan yang perlu diselesaikan. Segala butiran mengenai acara perlu dirancang dan diatur dengan rapi sekali bagi mendapatkan hasil majlis yang hebat. Namun, adakah segala tugasan dan butiran yang telah dirancang itu mampu dilakukan dalam jangka masa yang ditetapkan? Atau bolehkan ia dilakukan tanpa sebarang masalah tercicir atau terlepas pandang?

Oleh itu, bagi menjadikan proses kelangsungan majlis berjalan lancar,  anda perlu merancang dan menyusun tugas-tugas mengikut kepentingan dan jangka masa yang diambil untuk siap. Tempoh perancangan yang ideal adalah selama 4 hingga 6 bulan tetapi ia juga bergantung kepada individu. Tempoh persiapan turut bergantung kepada berapa besar sesebuah majlis itu. Dalam jangka masa itu, kedua pasangan dan keluarga biasanya akan dapat menempah tempat pilihan mereka.

Berikut adalah cadangan tempoh perancangan bagi majlis perkahwinan dengan jemputan 1000 orang:

4 bulan sebelum majlis perkahwinan:

  1. Surat dan dokumen untuk nikah.
  2. Kad kahwin
  3. Perunding Acara
  4. Hantaran

2 atau 3 bulan sebelum majlis perkahwinan:

  1. Pakej Lengkap Perkahwinan Termasuk dewan atau tanpa dewan
  2. Pakej Katering 1000 pax
  3. Pakej Pelamin & Andaman (MUA)
  4. Set Baju Sanding
  5. Set Pelamin Eksklusif
  6. Pakej Fotografi & Videografi
  7. Hidangan Makanan Beradap Pengantin
  8. Station Buffet Tetamu
  9. Khemah/Kanopi
  10. Meja & Kerusi Bersarung
  11. Meja Hadiah / Meja Doorgift / Meja Kek

Sebulan sebelum majlis:

  1. PA sistem/DJ
  2. Doorgift/Hadiah
  3. Staf servis/katering
  4. Photo Booth
  5. Red Carpet

Tambahan:

  1. Tempat letak kereta untuk jemputan
  2. Surau
  3. Bilik istirehat

Kesimpulan

'Checklist' ini mungkin berbeza untuk setiap individu. Namun, ia mungkin boleh dijadikan sebagai garis panduan untuk anda yang mungkin masih tidak tahu bagaimana untuk mulakan pelan rancangan. Semoga dengan tips dan panduan yang Tajria kongsikan, ia dapat membantu anda dalam merancang majlis resepsi atau penikahan anda dengan lebih mudah. Selamat mencuba!

Lihat profil
Lina Rosli

415 artikel di Tajria.