Carian
Ikuti 7 Tips Ini Untuk Mengekalkan Kualiti Barangan Kulit Anda
July 24, 2019 Lina Rosli

Ikuti 7 Tips Ini Untuk Mengekalkan Kualiti Barangan Kulit Anda

Barangan kulit antara barangan yang agak sukar untuk dijaga. Tambahan lagi jika anda jarang memakainya. Tidak dinafikan, sebahagian besar barangan kulit mempunyai rutin penjagaan yang agak kompleks. Hal ini bagi menjamin kecantikkan beg atau kasut kulit tersebut daripada merekah atau rosak.

assorted handbags lot

Terdapat beberapa perkara yang anda harus elak iaitu:

1. Elakkan daripada meletakkan almari terlalu lama

Letakkan di tempat yang mempunyai udara yang kering sekurang-kurangnya sekali sebulan. Anda juga boelh membersihkan beg atau kasut anda menggunakan kain lembab yang telah diperah dan dibuang air bagi membuang kotoran debu pada beg. Selepas itu, keringkan barangan anda dengan perlahan supaya tidak merosakkan kondisi kulit tersebut.

2. Elakkan menggunakan beg debu yang diperbuat daripada kain tebal yang terlalu tebal

Jika anda meletakkan beg tangan  atau kasut kulit anda ke dalam beg debu atau dust bag, pastikan beg debu tersebut diperbuat daripada bahan ringan dan mempunyai pengudaraan yang baik. Pengudaraan yang baik dapat mengelakkan barangan anda daripada lembab dan berkulat.

3. Menggunakan dehumidifier

Letakkan perkakas seperti dehumidifier di tempat di mana anda menyimpan barangan kulit anda untuk mengurangkan kelembapan pada pengudaraan bilik. Kebanyakkan bilik agak lembab disebabkan oleh ruangan yang sempit dan berdekatan dengan sumber air yang menyumbang kepada  suhu bilik rendah. Jika boleh, simpan beg tangan, tali pinggang, dompet kulit atau kasut anda di kawasan udara sejuk atau cool box yang boleh mengurangkan kelembapan ketika waktu panas.

4. Menggunakan perapi kulit yang sesuai

Perapi kulit bukan sahaja membantu menghalang kulit dari kering dan merekah, bahkan ia juga membantu mengurangkan pertumbuhan kulat pada beg atau kasut kulit. Jika anda tidak pasti apakah lilin atau perapi sesuai untuk disapukan pada barangan anda, anda boleh meggunakannya pada kawasan tersembunyi atau kawasan lain yang kecil terlebih dahulu.

5. Lap barangan kulit anda jika basah

Jika anda membawa beg tangan atau menggunakan kasut kulit ketika hari hujan, pastikan anda mengeringkannya sebelum menyimpannya. Hal ini bagi mengelakkan beg atau kasut anda daripada bercapuk atau terdapat tompok air pada permukaan barangan kulit anda.

6. Elakkan letak di cahaya matahari langsung

Adalah lebih baik jika anda tidak terlalu meletakkan barangan kulit di tempat yang terdedah dengan matahari secara langsung. Ia akan membuatkan barangan anda mudah merekah dan kelihatan agak lama, selain kulit akan menjadi keras dan tidak sedap dipakai. Bukan itu sahaja, ia turut akan mengakibatkan barangan kulit anda lebih mudah luntur warnanya.

7. Baca buku panduan penjagaan barang kulit

Tidak semua barangan kulit mempunyai cara penjagaan kulit yang sama. Anda disarankan untuk membaca manual penjagaan beg, kasut atau dompet kerana bahan dan material pembuatan barangan tersebut adalah berbeza.

Oleh itu, ikuti tips dan panduan di atas bagi mengekalkan kecantikkan dan kualiti barangan kulit anda supaya ia tahan lebih lama. Selamat mencuba!

Komen