Lina Rosli Diterbitkan 29 April 2019

Pilih Kasut Yang Sesuai Untuk Kekalkan Postur Tubuh Anda

Pilih Kasut Yang Sesuai Untuk Kekalkan Postur Tubuh Anda

Memilih kasut yang sesuai untuk berjalan sepanjang hari dan padan untuk dipakai ke tempat kerja merupakan satu perkara yang mencabar. Ia amat penting bagi memastikan hari yang selesa untuk menjalankan tugas atau berjalan pada jangka waktu yang lama. Kasut bukan sahaja digunakan untuk melindungi kaki anda, ia juga membantu dalam mengekalkan postur tubuh badan yang baik. 3 tips ini dapat membantu anda memilih kasut dengan baik dan mudah:

Kenali bentuk dan saiz kaki anda.

Pertimbangkan lebar, panjang dan lengkung kaki anda ketika memilih kasut. Kasut yang terlalu luas atau sempit boleh menyebabkan kalus atau lepuh. Tentukan jenis lengkung kaki anda dengan melihat jejak anda selepas mandi atau pasir ketika berjalan. Jika ia sedikit lengkung atau kaki rata, anda boleh mencuba kasut seperti mid-pumps, flats atau slip-on sneakers. Sementara kaki dengan lengkungan lebih tinggi, adalah lebih baik jika anda elakkan memakai sandal tanpa sokongan belakang atau ‘heels’ yang runcing kerana ia agak sukar untuk anda berjalan pada tempoh yang lama. Atau, anda boleh mencari padding atau kusyen kaki bagi memberi sokongan pada kaki.

person sitting on orange and blue area rug

“Feet change with age”. Jika anda Setiap kali anda ingin membeli kasut, ia amatlah digalakkan untuk anda mencuba dahulu. Pilih beberapa jenis pilihan kasut yang anda gemari, seterusnya anda boleh mencubanya dengan mengambil kira beberapa aspek penting seperti keselesaan jari kaki anda sekaligus mengelakkan kaki anda melecet.

Sokongan tapak pada kasut

Kasut yang memiliki keselesaan dan kestabilan adalah lebih sesuai dipakai untuk melakukan tugasan. Lebar ‘mid-sole’ yang fleksibel juga merupakan ciri penting untuk kasut kerja, terutama kasut yang digunakan untuk berjalan untuk tempoh yang lama. Terdapat pelbagai gaya kasut terkini boleh didapati di pasaran dengan variasi corak dan warna yang sesuai dengan kerja. Jika anda boleh memakai kasut kasual untuk bekerja, sandal dengan tapak sederhana kelihatan sesuai dan selesa untuk dipadankan dengan outfit. Pemilihan tapak yang ergonomik boleh menjadikan prestasi kerja lebih baik, selain mempunyai kestabilan dan penilaian yang baik.

“Breathability” dan “Durability”

women's seven assorted-color footwear on surface

Ia amatlah penting untuk seseorang individu mencari kasut yang sesuai untuk kaki mereka. ‘Breathability’ atau keboleh-bernafas bagi sesebuah kasut bermaksud udara boleh melepasi sesuatu fabrik itu. Bagi individu yang kerap memakai kasut pada tempoh yang lama, ‘breathability’ sangat penting bagi mengelakkan kaki anda berbau masam atau kepam, selain membuat kasut terasa lebih ringan. Dari segi ‘durability’ atau keboleh-tahanan pula, anda boleh memilih kasut yang mempunyai outsoles, atau bahagian bawah kasut yang diperbuat daripada getah berkepadatan tinggi. Ia mampu meningkatkan daya tahan kasut berjalan anda, selain membantu anda mengekalkan daya tarikan ketika berjalan.

_______________________________________________________________________________

Dengan tips yang dikongsikan, saya berharap agar ia sedikit sebanyak dapat membantu anda mendapatkan pilihan kasut yang terbaik untuk anda. Jika anda memakai kasut yang sesuai dengan kaki dan aktiviti harian anda, sudah tentu ia tidak menjejaskan postur tubuh anda. Tambah lagi jika anda seorang penggemar heels, pastikan anda mencari ketinggian minimal jika anda ingin menggunakannya pada jangka masa yang lama. Selamat mencuba!