Carian
Alami Kulit Kepala Yang Sihat Tanpa Kelemumur Dengan Tujuh Bahan Ini
April 29, 2019 Lina Rosli

Alami Kulit Kepala Yang Sihat Tanpa Kelemumur Dengan Tujuh Bahan Ini

Masalah rambut kelemumur atau Seborrhoea kerap dialami oleh kebanyakkan orang tidak kira perempuan atau lelaki. Ia bukan sahaja menyebabkan gatal-gatal dan rasa kurang selesa pada kulit kepala. Malah, ia turut membawa kepada masalah kulit yang lain seperti merah, bengkak dan jerawat di kepala. 

Sebelum kita boleh membincangkan bagaimana untuk mengubati masalah kelemumur, mari kita fahami apa yang menyebabkan masalah ini berlaku. Antara faktor utama termasuk proses sel kulit tumbuh dan mati lebih cepat berbanding masa yang sepatutnya.

Secara umumnya, masalah ini sering dikaitkan dengan kewujudan kulat (fungus) dikenali sebagai ‘pityrosporum ovale’ tinggal pada kulit kepala. Apabila jumlahnya terlalu banyak, ia akan menyebabkan kegatalan dan sel kulit gugur. Bagi mendapatkan rambut yang sihat, anda perlu mengubah tabiat penjagaan rambut anda dengan betul bagi mendapatkan rambut yang kuat dan sihat. Jadi mari kita lihat apakah rawatan mudah yang membantu dalam merawat masalah kelemumur ini.

Aspirin – Bahan ini mengandungi kandungan yang sama dengan salicylic acid yang mana ia digunakan oleh kebanyakkan syampu dandruff di pasaran. Bagi mendapatkan hasil yang baik untuk rambut, anda boleh meletakkan serbuk aspirin (pil yang telah dilenyekkan) ke dalam syampu harian anda. Kemudian, cuci rambut anda dengan menggunakan campuran aspirin dan syampu setiap kali anda mandi. Biarkan campuran tersebut selama 1-2 minit, dan bilas menggunakan air cucian bersih dan cuci semula rambut dengan syampu biasa.

Tea tree oil – Satu kajian menunjukkan bahawa syampu dengan hanya 5 peratus minyak pokok teh dengan ketara meningkatkan keterukan kelemumur. Anda juga boleh menambah beberapa titisan minyak pokok teh ke syampu kegemaran anda semasa anda mencuci secara normal. Berhati-hati untuk penyebab kelemumur yang ketara yang tidak ada kaitan dengan kulit kering.

Lemon/Garam – Garam dan lemon adalah sejenis bahan antibakteria yang mana ia menyerap lebihan-lebihan minyak di kulit kepala selain menghilangkan parut, membunuh bakteria, membina semula kulit dan mengandungi bahan anti-kulat. Dengan ini, ia dapat menyingkirkan sel-sel kulit mati di kulit kepala anda yang sudah terbentuk menjadi kelemumur. Walaubagaimanapun, lemon boleh membuatkan kulit anda lebih sensitif terhadap radiasi UV dari sinaran matahari jika anda kerap menggunakan lemon. 

woman surrounded by sliced lemons

Pembersih mulut (mouthwash) – Terdapat beberapa petua yang mengatakan pembersih mulut seperti listerene sangat bagus dalam mengawal kelemumur pada kulit kepala. Cara-caranya adalahh dengan mencampurkan mouthwash dan air. Kemudian, basuh menggunakan air campuran tadi ke atas kulit kepala dan biarkannya kering dengan sendiri. 

Soda penaik – Sesetengah ramuan di dapur boleh dijadikan bahan atau ubat-ubatan untuk merawat kelemumur. Baking soda mengurangkan kulat yang terlalu aktif yang boleh menyebabkan kelemumur. Caranya adalah dengan membasahkan rambut anda dan kemudian sapu sedikit baking soda ke dalam kulit kepala anda. Pada awalnya, anda akan mendapati kulit kepala dan rambut anda akan menjadi kering. Namun, selepas beberapa minggu, kulit kepala anda akan mula menghasilkan minyak semula jadi, menjadikan rambut anda lebih lembut dan bebas daripada kelemumur.

Aloe vera plant on pot near wall

Minyak kelapa – Bukan sahaja boleh merawat masalah kelemumur, malah minyak kelapa juga baik untuk rambut yang mana ia membantu dalam menguatkan rambut. Selain itu juga, minyak kelapa juga membantu anda dalam meluruskan dan melembutkan rambut kerana ia mempunyai kandungan semula jadi yang meyerap terus ke dalam kulit kepala.

Aloevera – Ada sesetengah individu menggunakan aloe vera untuk merawat sel-sel kulit mati pada kulit kepala. Ini kerana teksturnya aloe vera yang lembut selain mengandungi protein, lemak, karbohidrat, kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, B1, dan C. Tidak hanya untuk menghitamkan rambut, membuat rambut berkilau, mencegah keguguran rambut, menguatkan akar rambut, lidah buaya juga sangat ampuh digunakan sebagai cara hilangkan kelemumur secara semulajadi.

______________________________________________________________________________

Dengan menggunakan cara-cara yang anda telah baca di atas, anda tidak perlu risau lagi tentang kelemumur-kelemumur yang jatuh ke pakaian, bantal dan lain-lain kerana anda sudah berjaya mengurangkannya. Anda boleh mencuba mana-mana kaedah di atas bagi mendapatkan solusi kepada masalah kelemumur tanpa membazir wang untuk membeli produk rambut  yang mahal. Selamat mencuba!

Komen