Carian
Tanda Kulit Kering Dan Dehidrasi
March 18, 2019 Lina Rosli

Tanda Kulit Kering Dan Dehidrasi

Masalah kulit kering ini seringkali menghantui segelintir wanita di luar sana. Namun, adakah ia betul-betul masalah kulit kering atau hakikatnya ia adalah masalah dehidrasi yang di alami mereka? Jadi, mari kita lihat apakah yang dikatakan kulit kering atau adakah ia merupakan dehidrasi.

Apakah perbezaan di antara kulit kering dan dehidrasi?

Kulit kering

Kulit kering dikelaskan sebagai jenis kulit dan diwarisi melalui genetik anda. Kebiasaannya, kulit kering ini dialami untuk tempoh masa yang lama, iaitu sejak kecil. Pakar dermatologi kulit mengatakan bahawa masalah kulit kering ini berlaku adalah disebabkan pengeluaran sebum dan minyak pada kulit secara semula jadi adalah terhad dan tidak mencukupi. Ketidak-seimbangan hormon atau tiroid yang tidak aktif merupakan salah satu faktor yang menghalang pengeluaran sebum pada kulit. Bagi anda yang mengalami masalah ini, adalah disarankan supaya memberi perhatian untuk langkah hidrasi dalam rutin penjagaan kulit anda.

Kulit Dehidrasi

Kulit dehidrasi adalah disebabkan beberapa faktor luar yang menyebabkan berlaku sesuatu kepada keadaan kulit seseorang. Antara faktor yang menyumbang kepada dehidrasi adalah termasuk diet dan gaya hidup yang tidak sihat serta perubahan cuaca atau musim. Semua faktor ini akan mengurangkan kandungan air pada kulit anda sekaligus menjadikan penampilan anda tampak kurang bermaya.

Masalah utama kulit dehidrasi adalah disebabkan kekurangan air dan bukan minyak. Tidak kira jika anda mempunyai kulit yang berminyak atau tidak, jika air yang diperlukan dalam kulit tidak mencukupi, ia akan menjadikan kulit anda kering dan kusam. Namun, anda tidak perlu khuatir akan masalah kulit dehidrasi ini kerana ia adalah sementara. Masalah ini dapat dirawat dengan penjagaan kulit yang baik dan intensif.

Apakah tanda-tanda kulit dehidrasi?

Terdapat 3 tanda yang boleh dilihat pada kulit yang dehidrasi iaitu:

1. Kulit gatal dan sensitif

Jika kulit anda dehidrasi, ia akan menyebabkan kegatalan dan keradangan pada kulit. Hal ini berlaku apabila kulit anda tidak boleh menerima perubahan cuaca atau secara mendadak. Dengan perubahan yang berlaku, tindak balas kulit terhadap tekanan akan terganggu. Kulit tidak dapat mengeluarkan jumlah sebum yang mencukupi bagi memberi kelembapan. Hal ini mengakibatkan berlakunya kesan gatal, merah dan radang pada kulit.

2. Kulit kusam

Selain kulit menjadi gatal dan kemerahan, ia turut memberi kesan kusam dan kulit kelihatan tidak berseri. Hal ini adalah disebabkan sel-sel kulit mati terkumpul di bahagian muka. Dehidrasi telah menjejaskan keupayaan kulit untuk menukar sel-sel kulit mati kepada sel kulit yang baru. Tanpa penghidratan yang mencukupi, kekerapan penukaran sel juga menurun. Akibatnya, liang-liang pori pada kulit tersumbat dan berlakunya kulit kusam.

3. Garis halus dan kedutan

Kesan terakhir dehidrasi adalah apabila kulit mula menunjukkan tanda-tanda penuaan seperti garis halus dan kedutan kecil pada muka. Kulit dehidrasi sering memaparkan tanda-tanda penuaan yang dipercepat; Walau bagaimanapun, tidak seperti garis-garis tersenyum atau kaki gagak, kedut-kedut ini muncul sebagai rangkaian garis halus kecil, segitiga.

Komen