Percutian Secara Solo Kini Lebih Menarik Dan Mudah Bersama OYO
Sebelum ini, Tajria telah berkongsi beberapa tips percutian secara solo bagi anda yang ingin merasai pengalaman mengembara tanpa batasan. Tips ini boleh dipraktikkan untuk wanita mahupun lelaki yang merancang untuk bercuti secara solo. Kali ini, saya kembali lagi dengan tips percutian solo yang baru iaitu rasai pengalaman bercuti secara solo yang dibawakan khas oleh OYO Hotels and Homes.
OYO Hotels and Homes adalah sebuah syarikat di Malaysia yang mempunyai rangkaian hotel, kediaman dan ruangan berkualiti yang boleh didapati pada kadar yang rendah dan mampu milik. Bagi anda yang berminat untuk meneroka dan menjelajah ke seluruh Malaysia, OYO sememangnya pilihan terbaik dan sempurna untuk penginapan anda. OYO menampilkan harga yang sangat berpatutan yang mana ia boleh didapati di 25 destinasi utama termasuk Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Langkawi, Ipoh, Kota Bharu, Johor Bahru dan Melaka.
Selain di Malaysia, OYO Hotels dan Homes turut boleh didapati di beberapa buah negara lain termasuk Jepun, India, Chennai, Goa dan banyak lagi. Ia bukan sahaja menyediakan kelengkapan eksklusif berasaskan teknologi, malah ia turut membawakan pengalaman yang menarik buat pelanggan iaitu dari segi proses pencarian, tempahan, penghantaran dan pemeriksaan bilik penginapan anda. Matlamat OYO adalah untuk menyediakan penginapan dan servis terbaik untuk para pengembara, terutamanya pengembara solo. Melalui servis ini, solo traveller boleh mendapatkan akses mudah untuk pilihan penginapan berkualiti di OYO Hotels and Homes dengan lebih 6,000 bilik bermula pada harga serendah RM49 untuk satu malam.
Untuk membantu anda merancang percutian solo anda, OYO Hotels and Homes telah menyenaraikan beberapa hotel sebagai panduan bagi anda memulakan pengembaraan solo di Malaysia:
OYO 497 EQ Ferringhi Hotel, Pulau Pinang

Antara tempat yang kebiasaannya menjadi tarikan para pelancong adalah Pulau Pinang. Bagi anda yang ingin menikmati suasana pantai sewaktu percutian, OYO 497 EQ Ferringhi adalah pilihan terbaik untuk penginapan anda. Ia mengambil masa 30 minit jika anda menaiki bas dari Jeti Pulau Pinang dan 40 minit pemanduan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Jambatan Pulau Pinang. Anda turut boleh menikmati pelbagai aktiviti menarik seperti berenang, parasailing atau menunggang kuda, di sekitar Pantai Batu Ferringghi yang berdekatan.

Hotel Shangg, Ipoh merupakan tempat persinggahan yang sesuai bagi anda yang suka membeli-belah dan melawat taman tema sambil mengembara. Ini kerana hotel berkenaan terletak hanya 2.4km dari Ipoh Parade, 6km dari AEON Mall Ipoh Station 18 dan 7km dari AEON Mall Kinta City. Malah, jarak hotel dari Lost World Of Tambun juga hanya 11km sahaja.
OYO 232 The Suraya Hotel, Kuantan

Bagi pengembara yang mempunyai urusan perniagaan, Suraya Hotel terletak hanya 2.8km dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah. Sementara pengembara yang ingin bersantai akan mendapati lokasi berkenaan sangat strategik untuk menerokai pelbagai tarikan menarik di ibu negeri Pahang. Umpamanya, Muzium Wira terletak berdekatan sahaja, manakala Masjid Sultan Ahmad Shah 1 dan Tokong Wan Fo Tien masing-masing terletak hanya 1.1km dan 3.1km jaraknya. Jika anda suka diselubungi kehijauan, luangkan masa untuk bersendirian di Taman Rekreasi Kuantan yang hanya terletak 3.8km dari hotel berkenaan.
OYO 517 Aladdin Dream Hotel, Johor Bahru

OYO 517 Aladdin Dream Hotel ini menyediakan para tetamu dengan Wi-Fi percuma supaya mereka dapat bersentuhan dengan seluruh dunia sosial. Kemudahan lain yang ditawarkan oleh hotel adalah pengering rambut, lif, perkhidmatan kerusi roda, kemudahan tempat letak kereta, kamera CCTV dan pilihan pembayaran kad untuk hotel. Menariknya, hotel ini terletak berdekatan dengan banyak tarikan pelancong seperti Tasik Biru Bandar Baru Seri Alam, Laman Mahkota Istana Bukit Serene, Sky Screen Johor Bahru, dan Bazar Baharu.
____________________________________________________________________________
Melalui perkongsian mengenai percutian solo bersama OYO, anda boleh mula merancang pengembaraan solo anda bersama-sama OYO Hotels and Homes dan nikmati pengalaman pengembaraan impian anda. Dengan servis ini, anda kini boleh mendapatkan akses mudah untuk pilihan penginapan berkualiti di OYO Hotels and Homes dengan lebih 6,000 bilik bermula pada harga serendah RM49 untuk satu malam. Selamat bercuti!