Ingin Bina Jenama Kosmetik Anda Sendiri? Ikuti Langkah Mudah Ini!

Anda ingin bina jenama kosmetik anda sendiri? Anda ingin berjaya seperti Dato’ Aliff Syukri, Dato’ Vida dan ramai lagi? Anda ingin mencipta produk anda sendiri namun tidak tahu bagaimana caranya?
Tahukah anda bahawa terdapat cara mudah untuk anda bina jenama kosmetik anda sendiri, dengan modal yang rendah? Kami di kilangoem.com merupakan pakar dalam menghasilkan produk kosmetik dan penjagaan kulit OEM atau original equipment manufacturer. Kilang kami diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan mendapat status amalan perkilangan baik (GMP) dan persijilan Halal oleh Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM). Dengan semudah enam langkah, anda mampu memiliki jenama anda sendiri pada kos yang anda inginkan, lengkap dengan packaging dan penghantaran terus kepada anda! Berikut adalah cara-cara untuk anda memiliki jenama anda sendiri:
1. Pilih formulasi sedia-ada atau cipta formulasi baru
Rujuk wakil jualan kami dan pilih sama ada stok formulasi sedia ada kilang kami atau formulasi ciptaan anda sendiri untuk produk anda.
2. Sampel R&D
Sampel akan dihantar kepada anda dalam masa 1-2 minggu dalam keadaan yang rapi.
3. Pengesahan Tempahan
Setelah formula akhir dan reka bentuk pembungkusan disahkan, 50% dari jumlah pembayaran perlu dilakukan sebagai deposit sebelum pengeluaran dimulakan.
4. Pengeluaran
Selepas pengeluaran pertama, kilangoem akan mula beroperasi untuk menghasilkan produk anda dalam tempoh waktu yang ditetapkan.
5. Pendaftaran
Semasa pengeluaran, kilangoem juga akan membantu produk anda untuk mendapatkan lessen-lesen dari pihak-pihak yang berlainan seperti KKM, Halal serta sijil ujikaji makmal jika diperlukan.
6. Penghantaran
Setelah penghasilan produk siap, kami akan menerima baki bayaran dan menghantar produk kepada anda.
Masih risau? Tidak semua produk keluaran Kilang OEM ini tidak bagus. Anda sebagai bakal pengeluar jenama kosmetik anda sendiri berhak menentukan kualiti produk anda sendiri. Kilang OEM walaupun tidak memiliki jenama sendiri, namun mereka mempunyai pasukan R&D seperti chemist, sales and marketing, designer dan ramai lagi.
Jangan bimbang, kami di kilangoem.com bersedia untuk membantu merealisasikan impian anda. Hubungi kami segera untuk sesi konsultasi dan pertanyaan.