Carian
4 Langkah Mudah Untuk Menghilangkan Warna Luntur Pada Pakaian Anda
April 30, 2019 Lina Rosli

4 Langkah Mudah Untuk Menghilangkan Warna Luntur Pada Pakaian Anda

Apabila ada sibuk dan tiada masa untuk mengurus pakaian, anda sering mengambil langkah mudah dengan mencampurkan segala jenis pakaian dan warna di dalam satu mesin. Namun, tahukah anda ia akan membuatkan pakaian anda lebih mudah rosak dan tidak tahan lama. Hal ini kerana, setiap jenama dan tekstur kain mempunyai perbezaan cara penjagaan dan pembasuhan. Tambah lagi, jika pakaian anda merupakan sejenis kain dry-cleaning atau mungkin jenis kain yang mudah turun warna.

photo of empty laundy shop

Bercakap mengenai warna luntur ini, pernahkah anda mengalami masalah warna luntur pada pakaian? Walau anda sudah basuh berkali-kali, namun kotoran dan warna luntur tetap melekat pada pakaian lain? Jadi kami di Tajria akan berkongsi kepada anda mengenai 4 langkah mudah untuk menghilangkan warna luntur dan kotoran warna pada pakaian:

Langkah 1: Jangan masukkan pakaian ke dalam mesin pengering

Jika anda mendapati terdapat warna luntur pada pakaian, elakkan dari terus biarkan ia kering. Pastikan anda tidak memasukkan pakaian yang telah luntur warna ke dalam mesin pengering kerana ia akan membuat lunturan warna meresap ke dalam pakaian dan menjadi ia kekal dan merosakkan pakaian.

Langkah 2: Cuci kembali pakaian dengan sabun pencuci

Untuk pakaian berwarna (seperti merah, biru, hijau, jingga, dll) yang terkena lunturan warna pakaian lain, anda boleh menghilangkan kotoran tersebut dengan mencuci pakaian tersebut dengan sabun kembali. Langkah terbaik adalah dengan merendam pakaian anda dengan sabun pencuci mengikut label pada pakaian anda. Selepas beberapa ketika, anda boleh mula mencuci semula pakaian dan lihat hasilnya!

Langkah 3: Rendam pakaian putih dalam cairan pemutih atau cuka

Letakkan pakaian yang luntur warna ke dalam cairan pemutih atau cuka. Tuangkan secangkir (240 ml) cuka putih atau 1/4 cangkir (60 ml) cairan pemutih tanpa klorin dan dicampurkan dengan 4 liter air sejuk (tidak panas). Rendam pakaian selama 30 minit. Baca label pada pakaian sebelum merendamnya ke dalam baldi atau besen rendaman.

Langkah 4: Bilas dengan air dingin

Setelah merendam pakaian putih selama 30 minit, bilaslah dengan air dingin. Selanjutnya, masukkan pakaian ke dalam mesin cuci. Tambahkan sabun cuci dan cucilah dengan air dingin. Jemur pakaian hingga kering.

______________________________________________________________________________

Ikuti 4 langkah mudah di atas untuk menghilangkan kotoran dan warna luntur pada pakaian anda. Dengan langkah ini, anda tidak perlu risau akan lunturan pada pakaian anda! Bukan itu sahaja, pakaian anda juga akan terlihat seperti baharu. Selamat mencuba 🙂

Komen