Carian
Mitos Produk Kosmetik OEM Yang Selalu Kita Dengar
May 2, 2019 Mawar Murni

Mitos Produk Kosmetik OEM Yang Selalu Kita Dengar

Pernah dengar tak kes produk kosmetik “timbang kilo” yang dikatakan tidak bagus untuk kulit dan mengandungi bahan-bahan terlarang yang berbahaya di pasaran? Ramai kata produk “timbang kilo” ini semuanya produk kilang OEM. Adakah ia benar, atau sekadar tanggapan orang di luar sana?

Sebelum itu, pada yang tidak tahu apa itu OEM, OEM atau original equipment manufacturer, ia merupakan sebuah syarikat yang menghasilkan produk dalam kuantiti pukal untuk syarikat lain. Dalam erti kata lain, barang OEM adalah barang yang tidak mempunyai label atau jenama mereka sendiri, dan dikeluarkan dalam kuantiti yang banyak.

Produk OEM ini ada macam-macam jenis, dan produk kosmetik merupakan salah satu produk yang dikeluarkan dengan cara OEM. Namun, biasalah, tanggapan orang bahawa produk OEM merupakan produk yang berbahaya sudah sebati dalam jiwa masyarakat. Jadi, saya nak share mitos-mitos produk kosmetik OEM yang selalu kita dengar dan sejauh manakah benarnya mitos-mitos ini.

Produk kosmetik OEM mengandungi merkuri dan hidrokuinon

Dua bahan ini sebelum ini banyak kita temui dalam produk kosmetik dan penjagaan kulit lokal. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melarang penggunaan dua bahan ini dalam produk kecantikan kerana ia mengandungi toksik yang berbahaya dan boleh memudaratkan pengguna. Namun, tak semua produk kosmetik OEM mengandungi merkuri dan hidrokuinon. Jika kilang OEM tersebut mengikut garis panduan KKM, jadi sudah pasti produk tersebut tidak mempunyai sebarang masalah dan sesuai digunakan.

Produk kosmetik OEM diragui status Halal

Sesetengah produk kosmetik OEM diimport terus dari China, jadi status Halal produk tersebut diragui, terutama sekali oleh pengguna Muslim. Namun, jika produk kosmetik OEM tersebut dikilangkan di kilang yang memiliki status Halal dan diiktiraf oleh JAKIM, produk kosmetik OEM tersebut sudah semestinya memiliki pengesahan Halal. Jadi, tidak perlu risau dengan status Halal produk kosmetik OEM tersebut dan anda boleh menggunakannya tanpa was-was. No worries!

Produk kosmetik OEM dibuat di kilang yang yang tidak bersih

Guys, tidak semua kilang kosmetik OEM itu kotor. Jika kilang tersebut mengikut amalan perkilangan baik (GMP) yang telah mempunyai garis panduan yang betul, jadi tidak perlu kita berasa gusar. Yang penting adalah mencari kilang yang betul-betul mengikut panduan GMP yang diiktiraf.

Formulasi produk kosmetik OEM yang berbahaya

Ini juga merupakan kegusaran sesetengah pengguna bila mendengar produk kosmetik OEM. Namun, tidak semua formulasi produk kosmetik OEM yang dihasilkan itu berbahaya. Yang paling penting adalah kesesuaian produk dengan kulit anda. Jangan pakai produk yang anda yakin mengandungi bahan yang mengakibatkan alergi. Kaji dulu kandungan dalam produk tersebut sebelum digunakan. Jangan risau, semua maklumat di hujung jari. Jika produk tersebut tidak sesuai, hentikan penggunaan serta-merta dan rujuk pakar perubatan untuk pemeriksaan lanjut.

Kesimpulannya, tak semua produk kosmetik OEM itu berbahaya. Banyak produk kosmetik di Malaysia, malah high-end brands pun menggunakan khidmat OEM. Plus, chemist Malaysia juga semua berbakat tau. Selagi ia mengikut spesifikasi dan piawaian yang ditetapkan oleh pihak berwajib, produk kosmetik OEM tersebut sudah semestinya boleh digunakan tanpa ragu-ragu oleh sesiapapun. Pilihan di tangan anda.

Kami di kilangoem.com bersedia untuk membantu anda. Jika anda berminat untuk membina jenama anda sendiri, hubungi kami di kilangoem.com dengan segera. Jangan risau, konsultasi adalah percuma!

 

Komen