Carian
Bagaimana Mengatasi Masalah ‘Morning Sickness’ ?
May 2, 2019 Lina Rosli

Bagaimana Mengatasi Masalah ‘Morning Sickness’ ?

‘Morning sickness’ atau rasa loya dan mual amat sinonim sewaktu awal tempoh kehamilan. Pada amnya, rasa loya ini bermula sekitar enam minggu kehamilan atau 2 minggu selepas tempoh hamil pertama anda. Hal ini berlaku apabila berlakunya perubahan pada kondisi tubuh wanita. Ia perlu dirawat dengan betul agar tidak mendatangkan kemudaratan kepada si ibu dan kandungannya. Kebiasaannya, rasa loya dan mual ini akan berlaku apabila si ibu terlalu kenyang atau lapar.

Apakah sebab berlakunya ‘Morning Sickness’?

Estrogen: Semasa tempoh kehamilan, tahap estrogen anda adalah sehingga 100 kali lebih tinggi daripada biasa, menjadikan ia faktor utama yang menyebabkan simptom kehamilan ini berlaku.

Progesteron: Progesteron juga meningkat semasa tempoh kehamilan. Apabila hormon ini meningkat, ia akan menyebabkan sistem pencernaan dalam tubuh menjadi perlahan sekaligus membuatkan perut anda menjadi tidak selesa.

Human Chorionic Gonadotrophin hCG: Ini adalah hormon yang dihasilkan  oleh sel yang terbentuk dalam placenta, yang menyuburkan embrio selepas ia telah disenyawakan dan menjadi melekat pada dinding rahim. Dengan peningkatan hormon ini dalam badan, ia akan menyebabkan berlakunya ‘Morning Sickness’.

Apakah solusi untuk ‘Morning Sickness’?

woman in white elbow-sleeved shirt standing with man

Terdapat beberapa kes yang dialami oleh sesetengah individu sepanjang tempoh kehamilan termasuk rasa loya dan mual yang berlarutan yang dikenali sebagai hyperemesis gravidum. Namun, bagi mendapatkan tempoh kehamilan yang ideal tanpa sebarang masalah, anda boleh cuba beberapa cara di bawah untuk mengatasi masalah ini. Antaranya:

  1. Makan gula-gula masam.
  2. Minum air 30 minit sebelum atau 30 minit selepas makan.
  3. Minum teh panas. Teh panas dapat membantu melegakan masalah dalaman perut. Antara hidangan teh yang anda boleh cuba adalah teh halia, teh berperisa buah (teh peach, strawberi, dll.) atau teh hijau.
  4. Detoks sebagai minuman pagi anda. Air limau atau lemon, serai dan mint dapat membantu melegakan loya.
  5. Elakkan makan makanan pedas atau berminyak untuk setiap rutin hidangan anda. 
  6. Makan halia. Selain diletakkan di dalam teh, anda juga boleh meletakkan halia dalam hidangan pagi anda seperti bubur halia atau roti dengan ayam halia. Bukan itu sahaja, anda juga boleh mencuba gula-gula berperisa halia!
  7. Hidu bau-bauan seperti essential oil atau minyak pati. Terdapat beberapa minyak yang dapat membantu menghentikan loya. Sesetengah aroma yang popular termasuk halia, lemon, oren, lavender atau peppermint.
  8. Dapatkan rehat yang cukup. Tidur sebentar jika anda merasa letih. Namun, elakkan tidur dalam masa 30 minit selepas makan. Ketika waktu trimester pertama kehamilan anda, anda perlu mendapatkan tidur dan rehat yang cukup bagi memastikan kesejahteraan kandungan anda.
  9. Suplemen probiotik. Suplemen ini dapat membantu melawaskan sistem pencernaan anda. Apabila sistem pencernaan anda bermasalah, ia adalah lebih mudah untuk anda berasa loya.
  10. Vitamin B6 dikatakan membantu wanita menghilangkan rasa mual dan loya. Anda digalakkan untuk mengambil 25mg B6 3 kali sehari (sebagai tambahan kepada vitamin dalam badan anda).
  11. Minta preskripsi. Jika hal ini berlarutan untuk jangka masa yang panjang, anda disarankan untuk berbincang dengan doktor anda mengenai solusi kepada masalah morning sickness anda.

_________________________________________________________________________________

Morning sickness adalah salah satu tanda awal kehamilan dan biasanya berlaku semasa trimester pertama apabila kadar hormon hCG meningkat. Bagi kebanyakan ibu hamil, ia kebiasaannya berlaku bermula minggu ke-6 dan ke-9, dan selalunya berakhir pada minggu ke-12 hingga ke-16 kehamilan.

Sumber: Parents.com – Solusi untuk ‘Morning Sickness’

Komen