Ramadhan, Syawal dan Rendang untuk keluarga kami adalah sangat sinonim. Pelbagai jenis rendang akan disediakan dan dihidangkan samada Hari Pertama Ramadhan mahupun Hari Raya Pertama. Faham sahajalah jumlah santan kelapa yang digunakan, yang motan eh sodap. 

Sebelum ini, pokok ubi kayu banyak ditanam di kawasan rumah saya dan juga rumah Tok Don. Sekarang hanya tinggal dirumah TokDon sahaja yang menghijau dengan jayanya kerana rumah kami sedang dilanda binatang liar yang sangat suka menyondol tanaman. Jadi setiap kali teringin rendang pucuk ubi, kami akan memangkeh pokok TokDon untuk mendapatkan dedaunan yang muda bagi menyediakan rendang yang sempurna kehendaknya. 

Seperti anda semua sedia maklum, pokok ubi kayu merupakan sayuran kampung yang murah dan mudah ditemui. Ianya membekalkan nutrisi yang tinggi nilai nya selain penanaman nya sangat mudah kerana ianya tidak memerlukan baja dan juga racun serangga. Asasnya daun ubi kayu membantu kita mendapatkan khasiat kerana zat pemakanan yang terkandung di dalam tumbuhan ini. 

Dalam bidang kuliner, ubi kayu dan pucuk ubi kayu ini menyumbang pelbagai jenis masakan samada rebus, goreng, steam, berkuah ataupun dengan hanya dicelur. Hari ini, saya kongsikan resipi yang diperturunkan oleh Hajah Meriam kepada kami dan telah digubal resipi nya oleh Mak untuk mendapatkan rasa yang lagi umph. 

Resipi Rendang Pucuk Ubi Mak Norlia
(20 porsi)

Bahan A (dimayang halus)
250 gm bawang merah kecil
3 batang serai
Bahan Kisar
1/2 inci Halia
1/2 inci Lengkuas
11/2 inci kunyit hidup
(jika menggunakan kunyit serbuk 3 sudu teh sahaja)
200 gm cili padi (mengikut tahap kepedasan kesukaan)

Bahan B
11/2 kg santan kelapa (Pekat)
1/2 kg santan kelapa (cair)
2 asam keping (size sederhana)
200 gm Ikan bilis (boleh juga digantikan dengan udang kering)
** Garam dan Gula

Bahan C
1 kg Pucuk Ubi (kalau ikat dalam [email protected] ikat)
(yang bahagian pucuk lembut, dipetik sehelai sehelai, rendam dengan sedikit garam untuk hilangkan rasa pahit dan ditoskan)
 

Method:
1. Sediakan kuali yang agak-agak senang untuk mengacau nanti.
2. Masukkan Bahan A dan Bahan kisar, Bahan B dikacau menggunakan api yang sederhana sehingga pekat dan pecah minyak. Jika menggunakan santan segar, minyak daripada santan kelapa akan membantu untuk menggaringkan dan merangupkan bahan dan juga pucuk ubi. 
3. Apabila santan agak agak pekat, masukkan garam dan gula secukup rasa. Apabila nampak santan telah pecah lemak ataupun naik minyak, boleh masukkan pucuk ubi dan dikacau rata sehingga semua pucuk ubi itu melitupi kuah santan itu tadi. 
4. Akhir sekali, boleh kita memulakan aktiviti gym kita di dapur yea untuk mendapatkan tangan yang sado dengan mengacau rendang pucuk ubi sehingga garing dan bukannya hangus yea. Api haruslah sederhana bagi mendapatkan tahap kegaringan yang sesedap rasa. 
** Aktiviti mengacau ini biasanya mengambil masa 5 ke 6 jam mengikut kuantiti pucuk ubi dan santan yang digunakan. Dah siap masak sekejap je boleh habis yea. Nak sodap laie bila sudah diangkat rendang yang dah siap, boleh cuba gaulkan nasi menggunakan kuali yang sama. Ini akan membantu meningkatkan lagi berat badan kita. Sodap. Rasai kerangupan ikan bilis dan cuk ubi semasa berbuka mahupun bersahur. 

Selamat mencuba! 

 


 

 

 

Lihat profil
norzalia

9 artikel di Tajria.