Carian
Kenapa Asyik Salah Lelaki? Perempuan Tak Salah?
May 3, 2019 Penulis Kacak

Kenapa Asyik Salah Lelaki? Perempuan Tak Salah?

Hai, lama sudah saya menyepi. Ini kerana ia selari dengan hati saya yang sentiasa sepi. Maaf, bagi kalangan wanita yang membaca artikel saya, maaf atas kerana sudah lama tidak menulis.

Sejak kebelakangan ini, saya kerap berfikir mengenai siapa yang membuat salah dalam hal percintaan? Kenapa seringkali tular di media sosial, para wanita menunding jari kepada lelaki. Kenapa banyak kisah yang dikongsikan di media sosial, kebanyakannya mesti salah lelaki dan jarang sekali pihak lelaki tampil beranikan diri kongsi kisah sebenar?

Siapa yang salah sebenarnya? Adakah kerana lelaki simpan maruah dan melindungi si dia untuk tidak aibkan si dia. Tetapi si dia tidak hirau akan maruah lelaki dan hanya tularkan sebahagian kisah sebenar? 

Contoh dalam sejarah percintaan saya. Cinta pertama saya, saya sedar yang saya salah. Kerana ia cinta pertama dan saya tidak tahu apa erti cinta sebenar dan bagaimana cara untuk saya mengendalikannya. Jadi, si dia memilih lelaki lain dan tinggalkan saya itu saya faham.

Tahun demi tahun, pengalaman demi pengalaman. Saya temui cinta baru. Namun hanya bertahan beberapa tahun sahaja. Perpisahan kali ini, agak pelik. Saya keliru. Saya yakin yang segala apa yang si dia mahukan telah saya tunaikan. Saya yakin yang saya sudah menjadi yang terbaik. Tetapi, saya masih ditinggalkan. Bertahun cinta, ia hancur dan punah harapan diri ini.

Ya, saya mengaku. Saya adalah seorang jejaka yang menurut perintah si dia. Si dia ingin makan di A, saya bawak di A. Si dia inginkan hadiah X saya belikan hadiah X. Silap saya kerana jarang bercakap tidak. Atau tidak? Jadi, si dia mula sedar akan kebaikan saya, kesetiaan saya dan keikhlasan saya – kami bersepakat untuk berjanji.

Si dia buat janji A dan saya buat janji B. Syarat, dalam masa beberapa bulan saya mesti tunaikan B dan si dia mesti tunaikan A. 

A adalah janji untuk tidak lagi menipu. Manakala, B adalah janji untuk tidak lagi berkawan dengan wanita lain kerana si dia kuat cemburu. Maksud berkawan di sini adalah tidak serapat seperti biasa. Di sini saya telah kehilangan seorang sahabat baik yang selalu bergurau bersama. Sehingga hari ini, saya dan bekas sahabat ini hanya sebagai kenalan dan sudah tidak serapat seperti dahulu.

Si dia pula, kerap menghubungi kawan lelaki dan bekas kekasih. Dia berjanji untuk tidak lakukan sedemikian pada awal percintaan, namun si dia tetap lakukannya. Jadi, dalam perjanjian baru ini si dia berjanji dengan lebih ikhlas untuk tidak lakukannya.

Saya sangat bersyukur janji ini membaiki hubungan kami. Namun, satu hari si dia tetap ingin hubungi bekas kekasih dan kawan lelaki lain. Atas alasan bekas lekaki itu kini kawan dan kawan lelaki lain hanya kawan. Saya lawan, jika si dia boleh berkawan kenapa saya tidak?

Disebabkan ini (bukan sebab sebenar putus, tetapi salah satu) hubungan kami mula regang. Akhirnya percintaan kami tamat. Si dia salahkan saya kerana tidak menunaikan janji. Sedangkan dulu, sahabat saya ini adalah yang terbaik dan kini saya hanya berkawan biasa. Si dia masih cemburu. Sedangkan sahabat saya ini juga merupakan sahabat baik si dia selama 4 tahun lamanya. Si dia sepanjang hubungan kami telah menganggap si sahabat ini asing. Pemikiran minda si dia, jika si dia tidak berkawan dengan si sahabat, saya juga tidak perlu.

Sanggup si dia tinggalkan sahabat lama kerana saya. Setia? Jika putus sahabat kerana cinta yang tidak pasti atau cinta yang tiada makna – bodoh namanya. Walaupun saya sudah tidak serapat seperti dulu, sekurang-kurangnya saya masih hubungi untuk tanya khabar. Si dia pula hanya fikirkan bekas kekasih dan kawan lelaki.

Saya tidak tahu apa yang si dia ceritakan pada sahabat-sahabat wanita lain. Tetapi semua tuduh saya, yang saya adalah punca. Si dia membuat keputusan untuk hentikan percintaan ini kerana mengatakan semuanya kerana salah silap saya. Saya buntu, keliru dan tidak faham. Kenapa?

Apa salah saya? 

Si dia buat boleh, kenapa saya tidak? Adakah hanya janji saya penting dan si dia tidak tunaikan janjinya tidak menjadi masalah. Kenapa semua tunding jari kepada saya?

Sehingga hari ini saya masih buntu dan keliru. Adakah ini benar bagi setiap wanita atau hanya segelintir. Kerana bersama sahabat-sahabat lelaki, ramai yang menceritakan pengalaman yang hampir sama? Adakah si lelaki akan sentiasa menjadi mangsa? Si dia akan sentiasa betul dan menang?

Wahai wanita di luar sana, jika anda membaca artikel ini – harap anda boleh kongsikan pendapat anda. Kongsikan artikel saya di media sosial. Tularkan dan minta pendapat. Kenapa begini nasib majoriti lelaki?

Komen