Resepi Asam Pedas Johor Untuk Ramadhan Ini
Asam Pedas Johor merupakan salah satu hidangan yang sering menjadi tarikan orang luar yang bercuti di Johor, dan semestinya salah satu lauk kegemaran saya dan keluarga. Oleh itu, saya ingin berkongsi resepi Asam pedas Istimewa ikan Jenahak (unga) gaya Johor untuk santapan lauk tengah hari anda.

Bagi anda yang ingin mencuba resepi ini, anda juga boleh menggantikannya dengan ikan lain seperti ikan merah, pari, kembung atau ikan parang mengikut kehendak selera anda. Untuk anda yang gemar kuah yang pedas atau lebih cair, anda boleh menambah bahan-bahan tersebut mengikut pilihan anda. Selamat mencuba!
Hidangan 4-5 orang

Bahan A (Dikisar sekali)
- 15-20 tangkai lada kering/ 3 senduk cili kisar
- 5 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 4 cm kunyit hidup
- 2 cm Halia
- Belacan bakar

Bahan B
- 1 mangkuk kecil asam Jawa
- 2 tangkai Daun kesum
- 1 biji tomato dibelah 4
- Kacang bendi
- Garam –secukup rasa
- Ikan Unga
Cara-cara:
- Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah dikisar halus di atas api perlahan sehingga masak dan pecah minyak. Kalau minyak kurang tambahkan lagi supaya bahan kisar betul-betul masak. Minyak haruslah pecah terasing dari cili dan itu menandakan rempah masak elok.
- Masukan ikan dan air asam jawa. Masak seketika sehingga ikan separuh masak dan kemudia tambah sedikit air. Jangan terlalu banyak nanti kuah cair.
- Masukkan daun kesum. Masak lagi sehingga mendidih. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Letakkan kacang bendi dan diikuti tomato pada saat terakhir sebelum angkat.
-horz.jpg)
_________________________________________________________________________
Semoga resepi asam pedas yang saya kongsikan ini dapat membantu anda menyediakan hidangan yang lazat bersempena ramadhan yang kunjung tiba ini. Ia bukan sahaja boleh dimasak dengan ikan, bahkan anda turut boleh mengubahnya dengan meletakkan ayam atau daging sebagai menu Asam pedas mengikut kreativiti dan selera masing-masing. Mudah saja memasak asam pedas tambah lagi jika anda masih memikir juadah untuk berbuka puasa. Selamat mencuba dan selamat berpuasa!