7 Nasihat Cinta Sejati
Cinta yang bahagia di dunia dan akhirat adalah cinta yang ramai inginkan. Cinta ini adalah cinta sejati. Tetapi untuk mempunyai pasangan setia yang membawa ke cinta sejati perlukan usaha. Agak sukar, tetapi tidak mustahil. Dalam hubungan, monoton cinta itu penting. Ibarat nota muzik dalam sebuah lagu. Jika nadanya lari, muziknya musnah. Begitu juga dengan cinta.

Tahap cinta yang sejati ini ibarat,
Jika kita mampu hidup beribu tahun lamanya, aku ingin hidup kurang sehari, kerana aku tidak ingin hidup tanpamu.
Bila sudah jatuh cinta dan cinta itu pasti, sukar untuk hidup tanpa insan yang tersayang jika mereka pergi. Dalam hubungan, ia bermula dengan beberapa hari yang lambat laun akan beralih ke minggu > bulan > tahun. Bagaimana ingin kekal setia dan sejati?
1. 2H = Hormat & Hargai
Dalam hubungan yang panjang, untuk terperangkap dalam cinta yang setia jangan ambil mudah terhadap pasangan. Sentiasa beri peringatan kepada diri sendiri apa yang istimewanya tentang mereka.

Jangan pentingkan diri, mereka itu seorang insan yang berbeza walaupun banyak persamaan dengan diri. Hargai apa yang mereka ada dan hormat keputusan mereka. Tunaikan hasrat yang diingini dan nilai segala apa yang mereka beri.
2. Perbaiki Diri Sendiri

Dalam retorik romantik, pasangan kita akan lengkapkan separuh dari hidup kita. Dalam cinta yang jujur, lebih baik bina satu hubungan yang kukuh pada diri sendiri terlebih dahulu. Tidak semua pasangan boleh baiki diri anda. Jangan sentiasa berfikir konsep;
He or She is my other half
Jika terlampau bergantung kepada pasangan, ia akan hasilkan satu jangkaan yang tidak diingini dan komitmen yang berat. Insan yang boleh ubah diri kita hanyalah diri kita sendiri. Pasangan hanya boleh membantu dan memberikan sokongan.
3. Fahamkan Persoalan Diri
Kenapa dia yang aku pilih? Kenapa aku jatuh cinta pada dia? Kenapa aku kahwini dia? Kenapa? Kenapa semua ini berlaku pada diri aku?

Menurut ahli falsafah dan psikologi Viktor Frankl – jika kita faham persoalan diri ‘kenapa’ kita akan mudah untuk uruskan jalan penyelesaian. Atau lebih mudah faham segala yang ‘bagaimana’ akan lebih berjalan dengan lancar. Jika masih tidak memahami ‘kenapa’, ‘bagaimana’ juga pasti tidak akan ditemui. Ini bermakna, kita belum bersedia untuk berada dalam satu hubungan.
4. Tiada Pemenang Dalam Pergaduhan

Mustahil untuk kekal bercinta tanpa sebarang masalah. Pasti akan ada pertelingkahan atau pergaduhan. Bergaduh ketika dalam hubungan adalah perkara yang biasa. Gaduh bersungguh-sungguh dalam apa jua cara, dalam hubungan tiada yang menang dan tiada yang kalah.
Daripada membuktikan siapa salah, siapa betul, lebih baik fokus kepada mendengar masalah masing-masing dan fahamkan. Jangan ego, kukuhkan hubungan dengan menilai pasangan. Memahami antara satu sama lain adalah lebih baik.
5. Cinta Itu Kata Kerja
Cinta bukan datang begitu sahaja. Hanya kisah dongeng sahaja hari ini bertemu, hari yang sama jatuh cinta dan dalam masa singkat terus kahwin. Cinta itu mengambil masa dan banyak usaha untuk bina hubungan sejati.

Karang kisah cinta sendiri dan kisah itu adalah keajaiban untuk diri dan pasangan. Fahami kenapa cinta itu adalah kata kerja. Dengan usaha, kerja keras akan dapat hasil. Dari hasil yang diterima, nikmatinya dan hargainya. Tindakan itu lebih kuat daripada kata-kata.
6. Cara Luahan Cinta Itu Berbeza
Setiap insan meluahkan perasaan cinta itu berbeza caranya. Jika masih baru dalam hubungan, anda pasti tidak faham atau lihat erti cinta sebenar dari pasangan. Kadangkala, ada insan yang luahkan secara tersirat. Jangan khuatir jika anda tidak nampak usaha mereka. Beri masa dan fahami.

Menurut Dr. Gary Chapman dalam buku beliau ‘The 5 Love Languages‘, terdapat 5 cara seseorang meluahkan cinta. 1) Percakapan, 2) Masa, 3) Hadiah, 4) Tindakan, 5) Sentuhan. Nombor 5 dalam Islam adalah untuk mereka yang sudah berkahwin, jika anda belum kahwin ingat – sentuh yang bukan mahram berdosa.
7. Ubah Diri Untuk Menjadi Lebih Baik Dari Biasa
Bersyukurlah jika anda mempunyai pasangan. Walaupun saya kerap menulis topik-topik cinta, hati saya kosong dan masih belum ditawan oleh wanita. Namun, dalam hubungan pastikan anda menjadi yang terbaik daripada biasa. Jika dengan seorang sahabat anda boleh buat A, dengan pasangan anda buat A x5.

Gandakan kebaikan anda. Jadikan Si Dia itu isitmewa. Dalam dunia ini terdapat 7.7 Bilion manusia dan anda telah pilih Si Dia sebagai pasangan. Kenapa? Mesti ada sebab! Buatlah yang terbaik untuk menjadi yang terbaik.
Konklusi

Untuk cinta yang nurani, sejati dan hubungan yang kukuh, letakkan hati itu pada tahap yang paling utama. Cinta bukan mudah kerana setiap insan itu berbeza. Cinta ambil masa, jika anda usaha sekarang dan tidak berjaya, sabar sahaja kerana jika anda sudah temui cinta sejati – ianya berbaloi.