Minuman berkafein ini sudah sinonim dengan setiap lapisan individu di Malaysia. Tambah lagi buat penggemar kopi terutama peminat untuk minuman Starbucks Coffee, The Coffee Bean & Tea Leaf atau mana-mana lagi kedai kopi ternama.
Namun, kafein bukan sahaja hadir di dalam kopi atau teh sahaja. Terdapat beberapa jenis minuman lain yang turut mempunyai kafein di dalamnya termasuklah soda, cola dan minuman tenaga.

Kafein di dalam Kopi
Setiap jenis kopi mengandungi kafein dengan kadar kandungan yang berbeza. Ia bergantung dengan cara pemanggangan, penyimpanan dan penyediaan minuman kopi. Setiap proses ini sangat mempengaruhi kandungan kafein di dalamnya.
- Kopi Dunkin’ Donuts (16 oz): 143-206 mg
- Kopi segera (8 oz): 27-173 mg (kebiasaannya 65 sehingga 90 mg)
- Espresso (single shot): 29-100 mg (kebiasaannya 75 mg)
- Kopi Kisar Arabica (6 oz): 80-130 mg (kebiasaannya 110 mg)

Kafein di dalam Teh Ais
Iced Tea yang dibotol turut mengandungi pelbagai jenis kafein. Terdapat beberapa jenis Snapple Iced Tea mengandungi 42mg kafein setiap botol. Rasa snapple dengan 42mg kafein termasuk Iced Lemon Tea, Iced Raspberry Tea, Iced Ceylon Tea dan Iced Peach Tea.
Kafein di dalam Minuman Coklat
Selain kopi atau teh, minuman coklat juga mempunyai kandungan kafein. Namun, ia agak rendah berbanding minuman kopi dan teh.
Menurut kajian dari University New South Wales, ia menunjukkan kandungan kafein untuk secawan coklat panas (150ml) adalah di antara 10mg sehingga 70mg.
Kandungan ini adalah bergantung mengikut jenis coklat yang digunakan. Antaranya, coklat gelap mempunyai kandungan kafein sebanyak 20mg, manakala coklat susu mengandungi 6mg kafein.
Kafein di dalam Cola atau Soda
Tidak ketinggalan juga minuman untuk jenis cola dan soda. Ia turut mengandungi sejumlah kandungan kafein mengikut jenis hidangan.
- Pepsi Zero: 69 mg
- Mountain Dew: 37 mg
- Coca-cola Zero: 30 mg
- Sunkist Orange: 40 mg
Kafein di dalam Minuman Tenaga
Minuman tenaga mengandungi lebih tinggi kafein berbanding kopi, teh dan lain-lain. Rata-rata minuman tenaga di pasaran menyajikan dua kali ganda kandungan kafein untuk secawan teh iaitu kira-kira dalam 80mg sehingga 200mg di dalam satu tin minuman.