tekong Diterbitkan 5 May 2019

Resepi Ini Sempat Dimasak 10 Minit Sebelum Imsak

Resepi Ini Sempat Dimasak 10 Minit Sebelum Imsak

Bulan puasa tiba lagi. Ramadhan yang dirindui. Umat Islam menahan nafsu lapar dan dahaga dari terbit matahari sehingga terbenam matahari, disamping memperbaiki amalan seharian mereka. Sahur adalah satu perkara yang mesti namun anda telahpun bangun lewat pagi ini. Dan hanya berbaki 10-15 minit sebelum subuh.

Nak makan apa ni? Ini adalah 5 resepi pilihan yang sempat dimasak sebelum imsak.

1. Mi Segera Dengan Telur Mata (3-5 minit)

Tonton Resepi: Mi Segera Dengan Telur Mentah

Mi segera boleh dikatakan ciptaan yang sangat membantu manusia dalam dunia kulinari. Makanan apakah yang panas dan boleh dinikmati dalam tempoh 2 minit, semestinya Mi segera. Namun anda juga perlu berkira-kira masa untuk mendidihkan air. 

Anda memerlukan cerek elektrik berbanding cerek dapur gas kerana cerek elektrik dapat memanaskan air dalam masa yang singkat. Penggunaan dapur gas dan periuk masak mungkin akan memakan sedikit masa. Selepas memasukkan air yang mendidih, pecahkan telur dan terus masukkannya kepada mi segera tersebut. Air yang mendidih dapat memasak telur tersebut. Untuk tambahkan selera, letakkan kicap dan penambah perisa.

Tonton Resepi: Mi Segera Dengan Telur Mentah

2. Grilled Cheese (3-6 minit)

Tonton Video: Resepi Grilled Cheese

Sahur dengan roti atau bijirin sarapan merupakan perkara biasa. Dan jika anda sudah bosan dengan mi segera, untuk tempoh 10 minit, anda masih cukup masa untuk memasak Grilled Cheese. Keju yang diapit dengan roti yang dibakar keemasan semestinya dapat membekalkan tenaga yang cukup untuk mengharungi puasa sepanjang hari.

Anda hanya perlu menyapu mentega pada dua keping roti. Permukaan yang disapu mentegadiletakkan pada kuali tidak-melekat (non-stick frying pan). Dan letakkan keju diatasnya. Anda boleh juga meletakkan makanan cold-cuts seperti daging atau ayam keluaran Gourmessa yang boleh dimakan terus, atau meletakkan ikan sardin ditengahnya. Selesai meletakkan keju, letakkan sekeping lagi roti namun permukaan yang bermentega haruslah diletakkan menghadap keatas.

Ini kerana untuk Grilled Cheese, anda perlu terbalikkan roti tersebut apabila ia telah garing, dan tunggu sehingga kedua-dua permukaan garing rangup. Untuk idea lebih hebat, gunakan sapuan mentega bawang putih (Garlic Spread) dan anda akan mendapat Garlic Bread Grilled Cheese. 

Tonton Video: Resepi Grilled Cheese

3. Masak Telur Dadar Menggunakan Ketuhar Gelombang Mikro (3-5 Minit)

Tonton video: Resepi Telur Dadar Masak Guna Microwave

Tahukah anda yang anda boleh menggunakan ketuhar gelombang mikro (microwave) untuk memasak telur sepantas 2 minit? Anda boleh membuat telur mata kerbau atau telur dadar sepantas dua minit. Apa yang anda perlu lakukan adalah memecahkan telur kedalam bekas tahan ketuhar, dan memasukkan sedikit garam secukup rasa, dedaunan herba memikat rasa dan juga bahan-bahan lain. Dan panaskan pada kekuatan tinggi (High) selama 2 minit.

Dan memandangkan cawan mungkin mengambil ruang yang sedikit, anda juga boleh memasak pasta menggunakan ketuhar gelombang mikro pada masa yang sama.

Tonton video: Resepi Telur Dadar Masak Guna Microwave

4. Masak Pasta Menggunakan Ketuhar Gelombang Mikro ( 4-6 minit)

Tonton video: Resepi Memasak Menggunakan Ketuhar Gelombang Mikro

Satu lagi masakan pantas yang boleh menggunakan ketuhar gelombang mikro adalah pasta, dan juga spagetti. Secara asasnya makanan ini mungkin mengambil masa untuk dicelur, namun menggunakan ketuhar gelombang mikro pada tahap suhu yang kuat, ia dapat mempercepat proses masakan ini. 

Anda hanya perlu memasukkan pasta atau spaghetti dengan air selama 3 minit kedalam ketuhar pada suhu tinggi untuk melembutkannya. Keluarkan dan gaulkan dengan sos yang sedia ada, seperti sos Bolognese atau keju parut dan gaulkannya. Sesudah digaul, masukkan selama 30 saat untuk memasak makanan tersebut. Satu pilihan hidangan yang menyelerakan dibawah 5 minit.

Tonton video: Resepi Memasak Menggunakan Ketuhar Gelombang Mikro

—–

Dan jika anda inginkan kelainan, terdapat juga resepi Overnight Oats yang membolehkan anda menyediakan makanan sahur yang boleh disediakan hari ini, dan boleh dimakan 4-5 hari kemudiannya. Ia boleh disediakan sejuk atau panas, dan anda tidak perlu mengambil masa untuk menyediakannya diwaktu yang singkat. Namun bijirin tersebut akan menjadi lembik kerana sudah menyerap susu. 

Sekarang anda sudah tahu cara-cara pantas untuk memasak resipi diatas. Jika anda masih inginkan bersahur dengan nasi, ada baiknya anda memasak nasi sebelum tidur, dan membiarkan mod ‘Keep Warm’ kekal untuk memanaskan nasi. Sekurang-kurangnya jika anda terbangun 10 minit sebelum imsak, anda masih sempat untuk menggoreng telur atau membuka tin sardin untuk makan bersama nasi yang masih panas.

Salam Ramadhan 🙂