Carian
Bermesra Bersama Pasangan Di Bulan Ramadhan
May 5, 2019 Penulis Kacak

Bermesra Bersama Pasangan Di Bulan Ramadhan

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan. Syukur kehadrat ilahi, bulan yang mulia tiba lagi. Bulan Ramadhan adalah bulan yang mana kita sebagai umat islam diuji olehNya. 

Dalam bulan ini, kita perlu mengawal diri daripada nafsu. Segala perbuatan dan tingkah laku pada bulan ini adalah berdasarkan nafsu. Tiada Syaitan yang akan menghasut. Inilah ujian yang kita akan hadapi.

Seperti biasa, fokus artikel saya adalah mengenai cinta. Bercinta di bulan Ramadhan itu tidak menjadi masalah. Tetapi yang mendatangkan persoalan adalah tingkah laku kita atau aksi yang kita lakukan bersama pasangan di bulan yang mulia ini.

Saya aktif dalam media sosial. Saya kerap lihat sahabat, rakan, rakan kerja dan ramai lagi kongsi di media sosial imej mereka bersama pasangan. Gambar berdua dan ada halal gap, tiada masalah. Tetapi gambar berpegangan tangan, bercumbuan atau berpelukan itu yang menjadi masalah.

Menyentuh yang bukan mahram sahaja sudah berdosa. Inikan pula melakukan aksi yang lebih dahsyat dan bangga dan kongsi di media sosial untuk tontonan umum. Astaghfirullah.

Tidak takutkah mereka akan dosa? Selamba sahaja buat begitu. Tetapi, untuk pasangan yang sudah berkahwin tidak menjadi masalah. Ini kerana menurut Imam Ibn al-Munzir;

Hanya Umar, Ibn Abbas, Abu Hurairah, A’isyah, Atha’, al-Sya’bi, al-Hasan, Ahmad, dan Ishak diberikan kelonggaran untuk bercium isteri mereka ketika berpuasa.

Kemudian, Sa’ad Ibn Abi Waqqas pula mengatakan yang; 

Tidak menjadi masalah untuk bercium isteri ketika sedang berpuasa.

Tetapi, hanya Ibn Umar yang melarang melakukan hal yang demikian. 

Rujuk al-Majmuk Syarah al-Muhazzab, al-Nawawi (6/355).

Untuk kita orang yang biasa, bolehkah bermesra-mesraan dengan pasangan? Bolehkah untuk kita bercumbuan, menyentuh atau bermesra-mesraan dengan pasangan? Percaya atau tidak, jawapannya boleh. Ini kerana, Rasulullah S.A.W sendiri melakukannya ketika sedang berpuasa. Ini adalah berdasarkan dua hadis;

1. Riwayat Abu Daud (2382), Saidatuna A’isyah R.anha mengatakan:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يُقَبِّلُ وَهُوَ صَائِمٌ وَيُبَاشِرُ وَهُوَ صَائِمٌ وَلَكِنَّهُ كَانَ أَمْلَكَ لإِرْبِهِ

Yang membawa maksud, Adalah Rasulullah S.A.W itu mencium dalam keadaan berpuasa dan baginda juga bermesra-mesraan dalam keadaan berpuasa akan tetapi baginda yang paling memiliki anggotanya (menahan nafsu).

2. Riwayat Muslim (1106), Saidatuna Ummul Mukminin A’isyah R.anha pula mengatakan:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يُقَبِّلُ إِحْدَى نِسَائِهِ وَهُوَ صَائِمٌ

Yang membawa maksud, Adalah Rasulullah S.A.W itu mencium salah seorang dari isteri baginda dalam keadaan baginda sedang berpuasa.

Cuma, untuk melakukan aksi-aksi ini pada pasangan yang sah seseorang itu MESTI BERKEMAMPUAN MENGAWAL NAFSU. Jika dengan hanya bercumbuan, bertindak nakal sudah meransang dan secara tidak langsung mengeluarkan air mani – PUASA BATAL DAN ANDA TIDAK LAYAK MELAKUKAN AKSI INI KEPADA PASANGAN.

Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, boleh sahaja seseorang itu bermesra-mesraan dengan isteri di bahagian kemaluan. Boleh sahaja bercumbuan, cuma jangan sesekali mengeluarkan air mani. Lakukan aksi-aksi nakal ini dan boleh mengawal nafsu, tiada masalah.

Cuma sekali lagi diingatkan, yang semua ini adalah untuk pasangan yang telah sah berkahwin. Mereka yang masih bercouple, ber’kawan’ dengan seseorang yang istimewa atau bertunang. Ia HARAM. Berpada-padalah jika ingin bercinta. Ingat batas pergaulan.

Salam Ramadhan <3

Komen