Alhamdulillah hari pertama Ramadhan 1440. Semalam kami di rumah mantai rendang ayam telur, rendang daging, 2 jenis kek secara kukus, Kek Coklat resipi Kak Asmah, mak belajar pada tahun 1999, turun skill kepada Alang (memang terlajak sedap, nanti free saya share resipi), kek cheese gebu kukus. Semuanya lemak berkrim. 

Alang request supaya saya share resipi kuah kacang yang biasanya dihidang bersama nasi impit dan juga rendang daging pada hari raya pertama. Joom cuba. Kuah kacang yang sedap pekat likat kena jaga kacang nya jangan terlalu hangus, air jangan terlalu banyak, asam dan gula nya agak agak balance. 

Resipi Kuah Kacang Angah 
(10 - 15 pax - bergantung senduk yang diguna kan juga yea)

Bahan A
1 kg Kacang Tanah (digoreng minyak yang sedikit bersama dua ulas bawang putih dan 3 biji cili kering) dan dikisar kering

Bahan B (Dikisar halus)
200 gm Bawang Merah Kecil 
250 gm Bawang Besar Merah
6 ulas Bawang Putih
1/2 Inci Halia
1/2 Inci Lengkuas
1/2 Inci Kunyit HIdup (1 sudu kecil kunyit hidup)
3 batang Serai
1 sudu kecil rempah kisar 
(jintan manis, jintan putih, buah keras - disangai dan dikisar)
8 - 10 ulas Cili Padi (mengikut tahap kepedasan)
1 sudu besar Cili Kering

Bahan C
Air Asam Jawa
Gula Merah
Gula Anau/Gula Melaka
Garam
Gula

Method:
1. Tumis kan Bahan B sehingga naik bau dan garing. (pastikan untuk bawang dan bahan yang ditumis masak dengan betul, supaya kuah kacang tidak cepat basi)
2. Masukan air asam jawa, kacau sehingga mendidih. Agak agak dalam 2 ke 3 cawan air asam nya supaya kuah tidak terlalu pekat setelah sejuk)
3. Masukkan kacang tanah yang sudah diblend, masukkan perasa garam dan gula merah/gula melaka/gula anau. Rasanya manis manis pedas akan membuatkan makan bertambah tambah. 
 


 

Lihat profil
norzalia

9 artikel di Tajria.