Ikuti Tips Mudah Ini Untuk Kekal Segar Sepanjang Hari
Seperti biasa ketika bulan ramadan pasti ramai di antara anda yang akan cuba untuk skip rutin workout. Alasannya, apabila ramadan anda akan mudah berasa penat dan tidak bermaya akibat kekurangan air. Jadi, di Tajria kami akan membantu anda segar sepanjang hari dengan melakukan senaman ringkas dan mengurus diet dan pemakanan yang baik dan berkhasiat.
Diet dan Pemakanan
Untuk mengekalkan jumlah air dalam badan agar ia tidak dehidrasi, elakkan daripada mengambil makanan yang mengandungi banyak garam dan minyak. Hal ini kerana garam boleh menyebabkan badan anda kehilangan air sekaligus menjadikan badan anda terdehidrasi. Oleh itu, anda perlu mengambil makanan yang mengandungi serat yang tinggi seperti sayuran hijau kerana ia mengelakkan anda dari rasa lapar.
Selain itu, anda perlu mengambil kalori yang secukupnya dan pilihan makanan bernutrien yang tinggi. Anda juga tidak digalakkan untuk mengambil makanan yang bernutrien rendah dan tinggi kalori. Apabila anda melakukan rutin senaman, adalah penting untuk badan anda kekal hidrasi di sepanjang waktu tersebut. Namun, ketika di bulan ramadan anda tidak boleh meminum air. Jadi untuk menampung kehilangan air sepanjang tempoh senaman adalah dengan mengambil 2-3 gelas sebelum tidur dan 3-4 gelas air sewaktu bersahur.
Bagi anda yang ingin kekal segar sepanjang hari, anda boleh mengambil makanan yang lambat dihadamoat ketika waktu sahur seperti nasi, capati, roti jagung, oat, bijirin, roti mil, sayur, dan buah-buahan. Makanan ini mengandungi karbohidrat yang kompleks dan serat yang akan berada dalam perut dalam jangka masa yang lama dan melambatkan rasa lapar. Elakkan makanan yang manis dan bergula kerana kandungan gula dan karbohidrat yang cepat dihadam.
Rutin Fitness Dan Senaman
Sepanjang bulan Ramadan, anda tidak digalakkan untuk melakukan senaman ekstrem untuk mendapatkan angka penurunan berat yang mendadak. Namun, ia masih tidak salah untuk mengekalkan gaya hidup sihat dengan melakukan aktiviti senaman ringkas bagi mengekalkan tahap kecergasan diri dan kekuatan otot. Melakukan senaman bukan bermakna anda perlu melakukan aktiviti sukan ektrem yang memerlukan anda untuk mengerluarkan peluh. Ia hanyalah untuk meningkatkan kemampuan metabolisma dalam badan.
Anda boleh melakukan kekerapan senaman sebnayak 3-4 kali seminggu. Ia boleh dilakukan 3-4 kali seminggu secara berselang-seli bagi mendapatkan senaman yang ideal. Anda juga boleh mengehadkan waktu senaman anda kepada 30-45-minit untuk setiap sesi. Jika anda melakukan senaman berintensiti tinggi, mungkin anda boleh mengehadkan masa kepada 30 minit setiap sesi.
Waktu yang terbaik untuk bakar lemak adalah 1 jam sebelum berbuka puasa atau sewaktu anda hanya makan makanan berkalori rendah. Anda boleh lakukan senaman dengan intensiti yang rendah seperti slow jog atau brisk walk. Apabila berpuasa, badan anda tidak mempunyai glycogen yang rendah, oleh itu badan terpaksa membakar lemak untuk mendapatkan sumber tenaga. Jadi, pada waktu puasa, kalori akan lebih cepat dan mudah hilang.
____________________________________________________________________________________________
Kesimpulannya, bulan puasa bukanlah bulan yang anda perlu melakukan senaman ekstrem atau workout yang melampau seperti bulan-bulan lain. Cukuplah sekadar melakukan senaman ringkas dan mendapatkan diet pengambilan makanan yang baik untuk kekal segar sepanjang hari berpuasa. Selamat mencuba dan salam Ramadan:)
Sumber: Kevin Zahri