4 Tips Melancong Secara Solo Untuk Wanita
Menjadi satu trend masa kini individu di Malaysia untuk melancong secara sendirian atau solo. Ada beberapa perkara yang anda perlu diketahui buat sesiapa yang bercadang untuk melancong sendirian. Ia amat penting untuk merancang dan menghindari kesilapan mudah yang kerap berlaku dalam kalangan pelancong perempuan solo yang pertama kali bergerak sendiri.

1. Beritahu ahli keluarga atau kenalan rapat tentang ‘Travel Plan’.
Mungkin sebahagian tidak gemar untuk berkongsi tentang perancangan anda ketika melancong. Namun, bagi solo traveller adalah disarankan untuk anda berkongsi tentangnya. Kebebasan ketika melancong secara solo memberikan pengalaman mengujakan tambah lagi anda tidak terikat dengan apa-apa program, tetapi penting untuk memastikan seseorang mengetahui rencana perjalanan anda. Anda mungkin boleh meninggalkan nota perjalanan atau itenary di bilik anda atau di dapur bagi memudahkan ahli keluarga terdekat mengetahui rancangan anda. Ini akan memberi jaminan kepada rakan dan keluarga anda bahawa mereka tahu di mana anda mungkin berada.
2. Kenali budaya dan gaya hidup tempat yang dilawati.
Sebelum melancong, pastikan anda selidik mengenai budaya dan gaya hidup masyarakat sesebuah negara tersebut. Ia lebih mudah untuk anda. Adalah penting untuk mengetahui budaya sesetengah tempat, terutama apabila ia berkaitan dengan apa yang dipakai di negara-negara konservatif, kerana ia mungkin menyinggung kebudayaan tempatan.
3. Elakkan menunjuk barangan mewah atau berjenama.
Kesilapan yang seringkali pelancong lakukan ialah dengan mempamerkan kemewahan di khayalak ramai. Ia tidak salah, namun ia berkemungkinan besar menarik perhatian orang tempatan terhadap anda.
4. ‘Contingency Plan’.
Pelan kontigensi adalah sebagai langkah persediaan jika berlaku kecemasan. Seeloknya, anda telah mempersiapkan diri anda dengan sebarang kemungkinan yang berlaku. Berada di negara orang sendirian tanpa sebarang persiapan amat bahaya. Andai jika anda jatuh sakit atau berlaku ‘pickpocket’, anda sudah bersedia dengan kelengkapan seperti ubat-ubatan atau wang kecemasan yang tersimpan rapi.
Konklusi
Rancang percutian anda lebih awal supaya perjalanan percutian akan berjalan lebih lancar. Selain itu, anda tidak ketinggalan dalam menikmati keindahan tempat yang anda lawati. Di harap, dengan perkongsian dari Tajria dapat membantu anda dalam mempersiapkan jadual perjalanan anda.