Rahsia Buat Duit Mudah Dengan Produk Kosmetik dan Kecantikan
Korang mesti pernah dengar brand-brand kosmetik seperti D’Nars, Sendayu Tinggi, Vida Beauty, Anas, Nita Cosmetic, Alfa Alha Cosmetic dan banyak lagi bukan? Company ini semua keluarkan produk kosmetik yang laris di pasaran, and ramai pelanggan setia tunggu produk mereka keluar.

Tapi, sebenarnya tahu tak, mereka semua ada tips dan cara untuk hasilkan produk mereka sendiri. Mereka semua bermula dari bawah. Menurut portal perniagaan usahawan.com, perkara pertama yang kita perlu lakukan sebelum memulakan perniagaan adalah tahu apa kita nak jual, potensi perniagaan and yang paling penting, modal yang kita nak keluarkan.
Tak semua orang ada kepakaran untuk hasilkan produk sendiri di kilang sendiri, kerana jumlah belanja yang besar. Bayangkan anda nak buka kilang besar-besaran untuk pengeluaran produk jenama anda, awal-awal mana ada modal yang besar. Belum masuk proses R&D, marketing dan sebagainya. Silap-silap, muflis pula!
Jadi, solusinya adalah dengan berurusan dengan kilang pengeluar produk kosmetik OEM. Yang bagusnya, di kilang sebegini, semua mesin pengeluaran, ahli kimia bertauliah dan bahagian design and marketing juga lengkap dan boleh membantu kita dalam memulakan perniagaan kita sendiri. Proses pengesahan dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan logo Halal juga disediakan. Jadi, ia sangat memudahkan peniaga-peniaga baru.
Apa yang penting, adalah semangat juang yang kental dan sikap sentiasa proaktif dan ingin belajar. Anda jangan ingat perempuan sahaja buka perniagaan kosmetik, lelaki pun ada. Bidang kosmetik ini bukan gender-specific ya. Dato’ Sri Aliff Syukri misalnya, dikecam hebat orang lain namun dia tidak pernah putus asa dan lihat hasilnya kini.
Jika ingin tahu dengan lebih lanjut bagaimana untuk memulakan bisnes kosmetik anda, dengan jenama produk anda sendiri, Hubungi kami di [email protected] atau layari laman web kami kilangoem.com untuk maklumat lanjut.