Rutin Penjagaan Kulit (Yang Sebenar) Untuk Beginners

Media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan banyak lagi kini merupakan medium untuk menambahkan ilmu pengetahuan. Ramai yang berkongsi skincare routine mereka di media sosial, bagaimana dari wajah mereka yang bermasalah sebelum ini, kini glowy dan flawless bak ban roti Filet-O-Fish McDonald’s (sedap sis je kan kata muka macam burger.
Maka, ramai la sis-sis dan bro-bro di luar sana mula ada kesedaran dalam penjagaan kulit, and mula bertukar produk yang mereka pakai. Tapi, kenapa tiba-tiba kulit muka makin teruk? Tapi, orang lain pakai okay? Tapi, tapi- Banyak tapinya kan.
Sebenarnya, setiap orang memiliki kondisi kulit yang berbeza. Misalnya, kulit kering, kulit normal dan kulit berminyak. Dan setiap kondisi kulit ada cara yang berbeza dari segi bahan dan produk yang bersesuaian. Sebab itu ada yang pakai produk, tapi kulit makin teruk atau tiada perubahan.
Ada juga kulit yang alergi dengan sesetengah bahan, misalnya asid atau bahan-bahan alami seperti madu, kekacang dan lain-lain. Pun tidak guna juga kalau pakai. Orang lain pakai elok, kita pakai jadi teruk.
So, sebenarnya bagi yang mula ada kesedaran dalam penjagaan kulit wajah setelah sekian lama, cuba amalkan tiga langkah ini sahaja:

- Pencuci muka – Beli pencuci muka mengikut kesesuaian dan keadaan kulit, misalnya pencuci muka dengan asid salisilik untuk masalah jerawat
- Pelembap – Pelembap yang biasa mengandungi hyaluronic acid, yang mampu menarik lembapan ke kulit, menjadikan ianya lembut. Pelembap juga berfungsi meredakan kerengsaan.
- Sunscreen – Melindungi kulit dari cahaya matahari supaya tidak terdedah pada risiko kanser kulit
Eh, itu je? Ya, itu je. Tak perlu introduce produk terlalu banyak in the early stage. Fokus mengikut keadaan kulit anda. Ada satu post dari The New York Times yang sangat bagus untuk beginners memulakan rutin penjagaan kulit. Nanti sis akan kupas lagi di lain entri.
Bila basic skincare routine kita sudah kukuh, baru mulakan dengan menambahkan rutin penjagaan yang lain seperti esen, serum, dan lain-lain produk. Bila kulit kita kelihatan sedikit pulih, tidak terlalu kering atau berminyak, dan tidak kemerah-merahan, itu tandanya skincare routine kita sudah baik. Selalunya dalam 4-6 bulan baru kita akan nampak perbezaan.
Kesimpulannya, bermulalah dari bawah, dan banyak bersabar dalam penjagaan kulit. Tidak semua produk bagus untuk orang lain tapi bagus untuk kulit kita. Ikut keperluan diri sendiri dan banyakkan membaca. Sis pun bukan pakar namun dengan pembacaan dan pengalaman, sis share pada semua.