Carian
Nak Travel Pada Bulan Ramadhan? Ikuti Tips Ini Dahulu
May 9, 2019 Aida Kamalia

Nak Travel Pada Bulan Ramadhan? Ikuti Tips Ini Dahulu

Travel pada bulan Ramadhan semestinya memberikan pengalaman yang berbeza berbanding hari-hari biasa. Pastinya mengembara semasa anda berpuasa akan mencabar minda dan fizikal anda. Namun ia pasti akan menjadi pengalaman yang tidak akan dilupakan sepanjang hidup anda. Kebiasaannya pada waktu sebegini harga tiket penerbangan dan hotel juga memberi tawaran potongan harga yang lebih rendah berbanding biasa, disebabkan umat Islam yang berpuasa lebih gemar untuk berpuasa di negara sendiri.

Jika anda ingin mencuba sendiri berpuasa di negara orang, ikuti tips di bawah sepanjang percutian anda!

Pilih lokasi yang sesuai

Man and Woman Raising Hands

Pertama sekali yang anda harus fikir adalah destinasi yang sesuai untuk pergi semasa bulan puasa ini. Sebenarnya anda tidak perlu untuk memilih pergi ke negara Islam sahaja, anda bebas untuk memilih negara yang anda sukai. Akan tetapi, apa yang perlu dititikberatkan adalah, berapa panjang waktu berpuasa dalam sehari. Anda tidak mahu untuk berpuasa melebihi 16 jam kan?

Selain itu, sangat penting untuk lihat suhu pada negara itu sendiri, adakah anda mampu untuk berpuasa dengan suhu negara yang dipilih? Elakkan pergi ke negara yang bersuhu tinggi untuk mengelakkan badan menjadi dehidrasi.

 

Rancang itinerari dengan betul

Untuk berjalan dengan jarak jauh agak sukar ketika anda berpuasa. Seeloknya, semasa anda merancang itinerari anda, elakkan pergi lokasi yang jauh da   memerlukan banyak tenaga. Sebagai cadangan, anda boleh tidur hotel di lokasi yang berbeza, kemudian rancang untuk pergi ke tempat yang berhampiran dengan hotel anda. Dengan itu, anda boleh mengurangkan waktu berjalan dan tidak memenatkan anda. Ada juga yang lebih gemar untuk keluar berjalan pada waktu tengahari atau pun petang supaya tidak berasa terlalu penat dan waktu untuk berbuka lebih pendek. Ikut kemampuan diri anda sendiri ya?

 

Sediakan makanan untuk berbuka

Bak kata pepatah, ‘sediakan payung sebelum hujan’, dimana anda perlu bersedia walau dimana juga anda berada. Sama seperti ketika anda sedang bercuti pada bulan puasa ini, anda tidak tahu apa akan terjadi nanti. Kemungkinan tidak jumpa restoran makan yang halal mungkin terjadi, atau masa untuk tiba ke restoran agak lewat, melepasi waktu berbuka. Jadi apa yang anda harus lakukan? Sediakan makanan! Makanan apa yang mudah disediakan?

Sebagai bekalan, antara makanan yang mudah disediakan untuk berbuka puasa adalah seperti wrap, nasi goreng biasa, nasi bersama sambal ikan bilis (botol), roti bersama jem dan banyak lagi. Anda harus pastikan makanan yang anda sediakan mudah untuk bawa kemana-mana ya!

Bawa supplement 

Spilled Bottle of Yellow Capsule Pills

Semasa anda travel di negara orang, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadhan ini, sangat penting untuk menjaga kesihatan anda. Berjalan ketika berpuasa ini bermakna anda menggunakan tenaga badan yag lebih dan mungkin akan menyebabkan badan akan letih dari biasa. Apabila tiba sahaja waktu berbuka puasa, anda dikehendaki meminum air dengan kuantiti yang banyak untuk kekal hidrat disebabkan tenaga yang digunakan semasa berjalan pada siang hari. Anda juga digalakkan untuk mengambil makanan tambahan sepanjang percutian ini. Sebagai contoh, vitamin c, multivitamin, minyak kelapa dara, fish oil atau apa sahaja yang dapat memberi tenaga tambahan untuk badan, atau pun dapat mengurangkan keletihan.

Muat turun aplikasi

Memuat turun aplikasi untuk mengetahui waktu solat sudah menjadi perkara yang wajib jika anda berada di luar negara. Terdapat pelbagai aplikasi yang percuma di Play Store dan Apps Store yang anda boleh muat turun. Antaranya adalah aplikasi Muslim Pro, Muslim Mate dan banyak lagi. Pastikan anda tahu waktu berbuka, imsak, serta waktu azan untuk memudahkan anda beribadah semasa bercuti ini.

Jadi macam mana? Bersediakah anda untuk bercuti semasa bulan Ramadhan ini? Mungkin agak sukar tetapi tidak mustahil untuk lakukannya. Anda akan dapat pengalaman berpuasa di negara orang yang pastinya tidak akan dilupai. Jika tidak mahu berasa bosan, bawa lah rakan bersama untuk trip ini, baru lah akan kurang rasa penat, sedar-sedar sahaja sudah hampir waktu berbuka! 

Komen