Tutorial 2 Gaya Shawl Dengan Anting-Anting
Jika sebelum ini anda sering memakai shawl dengan gaya klasik dan sama, apa kata anda letakkan sedikit aksesori untuk nampak lebih menyerlah?
Hari ini Aida akan ajar 2 gaya shawl dengan anting-anting atau earring khas untuk wanita yang berhijab di luar sana! Trend pakai anting-anting bersama shawl ni takkan mati kerana ia tetap nampak elegen. Sambutan Hari Raya Aidilfitiri bakal tiba, mugkin anda boleh berlatih gaya shawl ini untuk dipakai pada pagi Syawal? Mudah sangat tutorial yang Aida kan ajar ni, tengok betul-betul ya!
Gaya 1
Apa yang diperlukan
- Shawl
- Jarum peniti – 2
- Pin tudung – 1
- Anting-anting
1) Bahagikan shawl sama rata
2) Pin di bahagian belakang menggunakan pin tudung
3) Ambil bahagian shawl kiri, bawa ke belakang
4) Ambil bahagian shawl kaan, tarik ke kiri, dan pin menggunakan jarum peniti
5) Bawa lebihan shawl kanan kebelakang anda
6) Kemudian, ikat shawl kiri dan kanan di belakang anda
Siap!
Untuk gaya pertama ni, Aida gunakan anting-anting yang kecil, jadi gaya tudung ini seakan lebih ‘melekat’ di kepala supaya nampak jelas anting-anting.
Gaya 2
Apa yang diperlukan
- Shawl
- Jarum peniti – 5
- Anting-anting panjang
1) Bahagikan shawl sebelah pendek dan sebelah lagi panjang
2) Ambil bahagian pendek shawl kiri, kemudian pin kan di bahagian kiri
3) Ambil shawl kanan, pegang bahagian bawah shawl dan pusingkan di atas kepala
4) Pin dengan jarum peniti supaya shawl tidak bergerak
5) Untuk lebih kemas, pin shawl pendek di bahu anda
Siap!
Untuk gaya kedua ini sedikit labuh dari berbanding gaya 1, jadi untuk wanita yang lebih gemar bertudung labuh tetapi ingin cuba memakai shawl dengan anting-anting, boleh cuba gaya ni. Sangat senang untuk digayakan, yang penting labuh!
Antara gaya 1 & 2, mana satu pilihan anda untuk digayaka pada Hari Raya Aidilfitiri nanti? Bagi pendapat Aida pula, gaya 1 lebih sesuai untuk ke majlis formal kerana nampak lebih kemas manakala gaya 2 sesuai untuk harian kerana gaya shawl yang lebih flowy. Semestinya gaya 2 ini pilihan terbaik untuk pakai semasa pagi raya.
Ikuti tutorial ini dan jangan lupa kongsikan bersama kami!