Carian
Cerita Nasi Daging semalam … 
May 13, 2019 norzalia

Cerita Nasi Daging semalam … 

Semalam berbuka puasa di kampung halaman di Ghombau, hanya kami berempat. Sambil duduk menengok alang menjahit tempahan, kami duk bercerita cerita apa untuk dimasak pada berbuka nanti. Alang kata macam sedap tengok FB live Ustazah menyediakan Nasi Daging Semanis Kurma. Kami tidak pernah mencuba nasi daging dibulan Ramadhan kerana agak kurang mendapat sambutan di ghumah kami ini. Tapi dek terliur tengok ustazah masak kami pun joom try masak namun diolah mengikut selera dan citarasa sendiri. Sebab 1st time buat ni.. Melihat abah bertambah maknanya sedap la tu .. haha ..guna santan pun buleh yo … 

Resipi Nasi Daging Angah

Bahan A
2 kg Daging (potong dadu atau strips mengikut selera) dan direbus 11/2 jam ke 2jam)

Bahan B (dimayang halus)
2 biji bawang merah besar
6 bijij bawang rose kecil
4 ulas bawang putih
1 inci halia muda
1/2 inci lengkuas
3 helai daun pandan (simpul)

Bahan Tumisan
3 sudu besar minyak sapi
1 sudu besar minyak masak
2 kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 biji bunga lawang
3 biji bunga cengkih 
1 biji buah keras (menambahkan rasa lemak)
100 gm daun bawang dan daun sup (dihiris halus)
3 sudu besar rempah kurma (kami gunakan rempah Mak Siti)
1 sudu rempah resipi turun temurun (sangai tanpa minyak jintan manis, jintan putih, biji ketumbar dan lada hitam dan dikisar halus) 

Bahan B
Beras Basmathi (direndam 15minit) tetapi semalam saya menggunakan beras perang dan beras biasa (direndam selama setengah jam) untuk melembutkan beras perang.

Bahan C (cara saya mengelakkan nasi lembik menggunakan 6 pot beras seperti di bawah) 
1 tin susu cair (2 pot susu cair)
Air rebusan daging (4 1/2 pot air rebusan daging)
** jika gunakan beras basmathi atau beras biasa sukatan cecair seperti disarankan)
Garam secukup rasa

Method
1. Daging direbus sehingga empuk. (saya rebus dalam 2 jam, tetapi untuk keselamatan tahap empuk adalah mengikut jenis daging yang digunakan).
2. Panaskan periuk/rice cooker menggunakan api yang sederhana, masukkan minyak sapi dan minyak masak sehingga panas, tumiskan bahan B sehingga wangi dan bawang keperangan. Masukkan rempah dan sedikit air mengelakkan rempah hangus dan dikacau sehingga pecah minyak. 
3. Masukkan bahan A (beras yang telah ditoskan), dan dikacau sebati (tidak terlalu gigih mengacau dengan kuat bagi menggelakan beras patah atau hancur)
4. Apabila beras sebati dan air agak kering, boleh masukkan air rebusan daging, biarkan sedikit kering dan tambahkan susu cair, perasakan dengan garam dan bolehlah dimasak menggunakan rice cooker atau menggunakan api yang kecil. 
** Untuk mengelakkan nasi hangus boleh alas kan tutup periuk yang tidak digunakan yea. Jangan dibuka penutup periuk sehingga nasi betul betul masak sebati. 
***** Hidangkan panas berbuka puasa bersama abah .. 🙂 dan homemade blended air nenas . 
** boleh juga ditambah tomato biji untuk mencantikkan nasi dan memberikan perasa sedikit masam. 
** Lagi sedap dihidangkan dengan air asam dan semalam saya hidangkan dengan Ayam Masak Merah ala Kawah dan Sup Kentang berempah. 

Selamat Mencuba dan sila perhatikan nilai kalori makanan anda … 

Komen