Carian
Raikan Ibu Anda Dengan Tips Bersempena Hari Ibu
May 13, 2019 Lina Rosli

Raikan Ibu Anda Dengan Tips Bersempena Hari Ibu

Bersempena Hari Ibu semalam, pasti ramai yang tertanya-tanya apakah hadiah yang sesuai untuk diberikan sebagai satu tanda penghargaan kepada para ibu. Memang benar, kita perlu meraikan ibu kita setiap hari di atas pengorbanan dan kasih sayang yang telah mereka berikan sejak kecil lagi. Namun, Hari Ibu merupakan satu hari yang mana semua individu mengingati setiap jasa para ibu di seluruh dunia. Jadi, hari ini Tajria ingin membantu anda dalam memilih hadiah yang paling sesuai untuk ibu anda.

woman kissing baby wearing gray onesie

Ketahui hobi dan minat ibu anda

Setiap individu mempunyai minat yang berbeza-beza. Sebagai contoh, anda ibu yang minat memasak, jadi mungkin anda boleh memilih hadiah yang menjurus kepada bidang masakan seperti peralatan memasak, periuk elektrik atau set pinggan mangkuk. Atau, bagi ibu yang minat menjahit, anda boleh menghadiahkan ibu anda set mesin jahit automatik dan bermacam-macam lagi.

Kenali ‘wardrobe’ mereka

Bagi ibu-ibu yang gemar bergaya, anda boleh menghadiahkan mereka set pakaian baru, beg tangan atau kasut yang mungkin telah lama menjadi idaman hati mereka. Kasut atau beg tangan adalah hadiah praktikal untuk ibu anda tetapi hanya jika mereka berkualiti.

Luangkan masa bersama

Anda juga boleh membawa mereka untuk keluar makan bersama. Ia merupakan satu idea yang baik dalam menjadikan sesuatu hubungan lebih erat di antara ibu dan anak. Pada waktu inilah anda boleh berkongsi segala cerita dan pengalaman bersama yang jarang-jarang anda luahkan pada hari biasa. Saya sarankan anda untuk melakukan perkara ini sehari sebelum Hari Ibu atau ketika hujung minggu. Jangan lupa, bawa ibu anda ke restoran atau kafe yang digemarinya.

variety of foods on top of gray table

Hadiah yang istimewa

Untuk anda yang lebih gemar dengan barang yang lebih sentimental atau mempunyai nilai memori yang lebih tinggi, anda boleh menghadiahkan set kusyen ‘custom made’ atau peribadi berkualiti tinggi yang boleh memberikan kesegaran selepas mengurus rumah dan keluarga. Atau, anda juga boleh menghadiahkan cawan warna peribadi ini boleh dihiasi dengan mesej atau gambar khas yang pasti akan menjadi kegemarannya.

_____________________________________________________________________________________

Di harap atas perkongsian dari Tajria dapat membantu anda mendapatkan hadiah yang bermakna buat ibu anda. Semoga Hari Ibu kali ini menjadi hari yang begitu indah untuk semua para ibu di seluruh dunia.

 

Komen