Nadiah binti norudin Diterbitkan 13 May 2019

Atasi masalah kulit di bulan Ramadhan

Atasi masalah kulit di bulan Ramadhan

30 hari berpuasa sebenarnya adalah satu fasa yang mempengaruhi fisiologi badan manusia. Inilah waktu yang mana perut direhatkan dan proses fisiologi badan seolah ‘dibetul’kan setelah diguna lama dalam tempoh setahun.

Perubahan fisiologi ini semestinya mempengaruhi hormon dan tindak balas pada badan kita. Seringkali wanita runsing apabila kulit wajah mereka mula tumbuh jerawat kecil di muka, berminyak  tidak seperti biasa.

Selalunya ia berpunca daripada kekeringan air dalam badan (dehydration) yang menyebabkan liang pori minyak merembeskan minyak dengan lebih banyak untuk melembapkan kulit yang kering. Faktor perubahan hormon juga mempengaruhi aktiviti kelenjad minyak di wajah.

 

Jadi adakah normal ia berlaku di bulan Ramadhan? Semestinya, dan anda tidak keseorangan. Disini saya kongsikan tip untuk atasi masalah kulit berjerawat di bulan Ramadhan;

1- Cuba untuk pastikan anda minum sekurang-kurangnya 1.5L air setiap hari ketika sahur-berbuka.

2- Kenal pasti kawasan kulit yang bermasalah.

3- Teknik Double Cleansing boleh digunakan pada bahagian wajah yang berminyak/ berjerawat kecil. Ia membantu untuk hapuskan minyak berlebihan.

4- Tukarkan pelembap anda kepada yang lebih bersifat air seperti hydrating essence, toner witg hyaluronic acid, hydrating toner. Boleh ulang beberapa kali sehari untuk berikan lembapan kulit. Pemilihan pelembap berasaskan air adalah untuk menyeimbangkan kandungan air pada kulit dan akan mengurangkan penghasilan minyak berlebihan.

 

5- Elakkan memakai pelembap/serum dari bahan yang berat seperti cream, ceramide, peptide kerana ia boleh menyumbat pori kulit dan menyebabkan jerawat. Jika kulit anda adalah kering maka boleh disapukan di bahagian yang terasa kering/ tegang.

6- Skrub wajah 1-2 kali seminggu

7- Pilih ‘clay mask’ untuk kawasan berminyak dan berjerawat . Ia membantu mencuci pori kulit dari kotoran dan minyak berlebihan. Kawasan yang kering & tegang pula boleh dioleh dengan mask yang melembapkan seperti campuran ekstrak timun, oat & susu.

 

Benar, selalunya waktu Ramadhan adalah waktu yang merunsingkan wanita jika mengalami masalah kulit. Takut nanti waktu beraya nampak pula