Apa Perlu Ada Dalam Make Up Bag Sewaktu Raya Nanti?
Sudah menjadi lumrah wanita untuk tampil cantik dan nampak segar pada setiap masa kan? Bukan apa, kelihatan kemas ini sememangnya memberikan keyakinan pada seseorang, sekaligus memberikan aura positif setiap masa. Kalau tak percaya, kalau tudung yang korang pakai hari ini tidak menjadi, pasti sedikit sebanyak akan kacau mood hari ini kan?
Tidak kurang juga Hari Raya yang bakal tiba ini, pasti korang semua nak nampak anggun dan ayu pada pagi Raya kan. Baru lah pakcik makcik sedara tegur, alahai manisnya awak hari ini! Walaupun sebenarnya korang bersengkang mata buat assignment, kejar date line Boss bagi, memberikan susu kepada anak pada pukul 2-3 pagi, siapa yang harus kita minta tolong? Make up.
Ya, make up. Jika korang mempunyai segala flaws di muka, dengan penggunaan dan cara yang betul, flaws dapat ditutup dengan baik, seterusnya muka korang akan berubah dan nampak lebih cantik! Masih ramai lagi orang mengatakan mereka tak pandai make up. Apa kata mulai sekarang korang buat persiapan? Tengok video tutorial di Youtube, FB Live dari MUA terkemuka. Paling penting, sediakan make up bag untuk Raya ni. Pasti korang akan beraya kehulu-hilir dengan cuaca yang panas, jadi apa yang perlu ada dalam make up bag nanti? Jangan risau, segala produk cadangan di bawah anda boleh jumpa di drugstore sahaja!
Kita bahagikan kepada 2 bag make up, satu untuk make up di rumah dan satu bag lagi untuk dibawa semasa beraya pergi ke rumah saudara korang.
Tengok di bawah okay!
Make Up Bag Untuk Di Rumah
Primer
Foundation
Blusher
Eyeshadow Palette
Mascara
Eyeliner
Lipstick
Travel Set Brush
Watsons Make Up Brush Travel ( RM34 – Watsons )
Make Up Bag Untuk Beraya
- Lipstick
- Compact Powder
- Brush
- Tissue
Apa yang harus dipertimbangkan sewaktu ‘pack’ barang make up untuk korang bawa ke kampung adalah, saiz make up itu sendiri. Korang tidak mahu untuk bawa make up yang berat dan terlalu besar kan? Kalau korang ada travel make up palette juga lebih bagus! Semuanya dalam satu palette sahaja. Semua senarai cadangan make up list di atas mempunyai saiz yang kecil dan kompak, supaya korang senang bawa kemana-mana.
Selain itu juga, korang boleh pilih palette yang boleh digunakan untuk perkara lain. Seperti contoh, eyeshadow palette yang mempunyai shimmer, sesuai untuk dijadikan highlighter. Jadi, korang tak perlu bawa highlighter lain, hanya guna eyeshadow sahaja! Boleh juga dijadikan eyebrow powder serta contour dalam eyeshadow palette korang. Bijak memilih ya!