Buat pasangan-pasangan di luar sana, mencari tempat untuk meluangkan masa bersama sangat susah kan? Tengok wayang di pusat beli-belah pula sudah jemu kerana setiap kali nak pergi dating, destinasi pilihan pasti sahaja pusat beli belah, kan? Sebenarnya di sekitar Kuala Lumpur ini juga banyak tempat menarik, yang pasti suasananya berbeza daripada pusat beli belah. Asyik pergi tempat yang sama sahaja, apa kata kita cuba yang lain? Di samping dapat meneroka tempat yang baharu, pasti dapat menambahkan kasih sayang terhadap satu sama lain apabila meluangkan masa bersama.

Jom tengok lokasi menarik untuk meluangkan masa bersama pasangan!

KL Tower Mini Zoo

Di kesibukan kota raya di Kuala Lumpur ini, ada satu tempat untuk anda melihat haiwan-haiwan jinak tau! Anda boleh pergi ke KL Tower Mini Zoo untuk melihat haiwan-haiwan kecil, pelbagai haiwan eksotik juga terdapat di sini. Antaranya ular phyton, monyet jinak, malah ilama dan alpaca juga ada di Mini Zoo ini! Tidak semestinya pergi ke Mini Zoo harus bawa anak kecil kan? Mungkin anda baru tau yang sebenarnya pasangan anda ini pencinta haiwan!

Planetarium Kuala Lumpur

Jika anda bersama pasangan tidak pernah berkunjung ke sini, ini peluang terbaik untuk anda terokai Planetarium Kuala Lumpur! Apa ada disini, selain menawarkan tarikan menarik tentang sains angkasa, rekaan bangunan di sini juga sudah menarik perhatian. Ia mempunyai kubah besar berwarna biru, serta mempunyai anak tangga yang tinggi, sememangnya sangat cantik jika anda mengambil gambar di sini. Baru lah Instagram worthy! Salah satu tarikan utama planetarium ini termasuk teater ruang yang memaparkan cerita berkaitan dengan sains angkasa. Selain itu juga, disini mempunyai pameran menarik termasuklah enjin angkasa Arianne IV, iaitu enjin yang digunakan untuk melancarkan MEASAT 1. Menarik kan? Selain dapat meluangkan masa bersama, anda dapat menimba ilmu tentang sains angkasa!

Super Park, Avenue K

Image may contain: 1 person, smiling, indoor
Image may contain: 1 person
Image may contain: 1 person, smiling

Jika anda sudah pun pergi ke semua taman tema berhampiran Kuala Lumpur, ini antara tarikan terbaru yang anda patut pergi jika anda dan pasangan seorang yang sukakan keseronokan! SuperPark adalah satu taman aktiviti dalaman dengan 3 kawasan bertema yang menawarkan lebih daripada 20 aktiviti yang menyeronokkan, sihat malah semua aktiviti ini tidak terhad untuk kanak-kanak kecil. Ia juga terbuka untuk semua peringkat umur. Antara aktiviti menarik adalah dinding halangan, slaid, perlumbaan kereta pedal, gelanggang bola keranjang dalaman dan banyak lagi. Tiada alasan lagi untuk anda tidak melakukan aktiviti sihat yang menyeronokkan!

Rocky Base Camp

Anda peminat rock climbing tetapi tidak mahu berpanasan dengan outdoor rock climbing? Rocky Base Camp adalah indoor rock climbing yang pertama di Malaysia menawarkan aktiviti rock climbing bukan sahaja untuk kanak-kanak, malah untuk orang dewasa juga. Jika anda perhatikan, dinding memanjat di Rocky Base Camp ini sangat menarik dengan warna yang terang serta terdapat pelbagai lukisan mural, yang pastinya menaikkan semangat anda ketika memanjat dinding ini. Jika anda dan pasangan tidak pernah merasai aktiviti rock climbing, Rocky Base Camp di Aeon Shah Alam adalah destinasi yang anda patut pergi sekali seumur hidup untuk rasai pengalaman ini.

Mana satu pilihan anda untuk meluangkan masa bersama pasangan pada hujung minggu nanti? Aktiviti yang santai dan tenang atau pun aktiviti yang lasak dan menyeronokkan? Ini lah masanya untuk menyemarakkan cinta dan kasih sayang bersama pasangan, terutamanya bagi pasangan yang sudah berkahwin dan bekerja, kadangkala kurang beri perhatian ke atas pasangan kerana penat. Oleh itu, jadikan hujung minggu anda adalah hari untuk keluarga sahaja dan lupakan sebentar tentang kerja ya!

Lihat profil
Aida Kamalia

140 artikel di Tajria.