Kedai Berkonsepkan Kafe Di Maxis The Gardens Mid Valley, Lebih Mesra Pelanggan!
Maxis adalah salah satu syarikat telekomunikasi yang terkenal di Malaysia, tidak lepaskan peluang, Maxis membuka sebuah kedai konsep yang baru di The Gardens, Kuala Lumpur bertujuan untuk mendalami pelanggan dengan lebih dalam! Dalam era teknologi yang serba canggih kini, syarikat telekomunikasi menggunakan tekonologi sehabis baik dengan membuka kedai berkonsepkan sebuah kafe.
Apa lagi yang menarik di Kedai Konsep Maxis? Jom tengok di bawah!
Maxis Interactive Retail Assistant (M.I.R.A)

Kalau anda sebelum ini pergi ke kedai, ambil no giliran di tepi kaunter dan tunggu sebentar sementara no tiba. Kini tidak lagi di Maxis The Gardens Midvalley. M.I.R.A adalah aplikasi web yang pertama digunakan, dengan adanya M.I.R.A, semuanya jadi lebih mudah! Anda hanya perlu mengimbas kod QR, pilih produk yang dikehendaki, sebagai contoh, Prepaid. Kemudian secara automatik kita akan mendapat teks dari Maxis mengatakan kita akan dilayan sebentar lagi beserta pautan link yang menunjukkan nama dan gambar pembantu kedai kita nanti. Senang dan mudah, anda tidak perlu lagi tunggu lama-lama!
Selain itu, apa yang menarik perhatian saya juga, apabila anda membelek segala peranti yang berada di atas pameran dan perlukan bantuan pembantu kedai, anda hanya perlu klik ‘Help’, kemudian pembantu kedai akan pergi ke anda dan mereka sudah pun tahu peranti apa yang anda sedang lihat.
Aplikasi penemuan untuk peranti

Jika ingin membuat pembelian dengan cermat, anda haruslah fikir dengan baik kan? Terutamanya jika barang yang ingin dibeli mempunyai harga yang tinggi serta sangat penting digunakan dalam kehidupan harian. Sebagai contoh, telefon pintar. Jangan risau lagi kerana di Maxis The Gardens, ada sebuah skrin gergasi yang dapat membantu anda membuat pilihan yang bijak! Skrin gergasi ini diaktifkan menggunakan suara dimana pembantu kedai akan membantu anda, dan ia dapat membandingkan peranti, harga, pelan serta aksesori yang digunakan.
Pembayaran serta merta
Siapa tak suka proses pembayaran yang cepat dan laju kan? Tidak mahu membiarkan pelanggan Maxis menunggu lama, kini mereka mengambil langkah yang efektif untuk membuat proses pembayaran pelanggan mereka lebih lancar! Sebagai contoh, jika anda ingin membeli aksesori telefon pintar di kedai Maxis, caranya sangat mudah. Malah ia dilengkapi dengan teknologi RFID dimana tiada wayar disambungkan untuk memberikan pengalaman yang lebih bebas kepada pelanggan. Anda hanya perlu mencari aksesori telefon pilihan anda, kemudian pembantu kedai akan datang untuk membuat pembayaran serta merta. Mudah kan?

Hiburan di dalam kedai
Di samping itu juga, untuk menjadikan pelanggan lebih selesa dan ceria semasa melakukan apa-apa urusan di kedai, mereka mempunyai permainan menarik yang boleh anda cuba semasa berurusan di sini. Khas buat mereka yang berkeluarga, anak-anak kecil boleh mencuba permainan robot kawalan jauh serta skuter di dalam kedai. Ini sedikit sebanyak dapat mengalihkan perhatian anak-anak kecil daripada mengganggu terutamanya jika ibu-bapa sedang berurusan di dalam kedai.
Tidak lupa juga dengan suasana di kedai yang nampak begitu moden, serta para pembantu kedai yang memakai apron, ia sekaligus memberi satu rasa seperti anda berada di kafe. Unik dan sangat menarik!
Kesimpulannya, kedai yang berkonsepkan kafe yang dibawakan oleh Maxis ini benar-benar membawa satu perubahan yang mendadak bagi mereka. Dengan menggunakan teknologi yang serba canggih, Maxis menunjukkan usaha mereka untuk memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan khas untuk pelanggan Maxis.