Lina Rosli Diterbitkan 16 May 2019

Cara Penyimpanan Koleksi Tudung Dengan Kreatif

Cara Penyimpanan Koleksi Tudung Dengan Kreatif

Jika anda seorang perempuan yang gemar mengumpul tudung, pasti anda mempunyai pelbagai koleksi yang perlu diuruskan. Mana tidaknya, untuk satu warna sahaja, ada pelbagai jenis tona dan tekstur kain. Itu baru sahaja warna, belum lagi kira jenama kegemaran. Untuk saya sendiri, saya ada warna pilihan dan kegemaran yang setiap kali saya nampak, pasti saya akan membelinya.

Susun mengikut warna atau jenis

Untuk anda yang mempunyai banyak pilihan warna untuk skarf, tidak kira tudung bawal atau shawl. Pasti akan ada kesulitan untuk mencari warna disebalik timbunan warna yang terlalu berbagai. Bagi saya, saya lebih memilih untuk menyusun struktur skarf mengikut warna, dari cerah ke gelap supaya lebih senang untuk match kan baju dan tudung.

Aturkan mengikut kekerapan penggunaan

Bagi mengelakkan tudung yang anda susun sebelum ini berselerak atau berterabur, letakkan tudung yang kerap anda guna di hadapan atau atas sekali. Selain daripada mudah untuk diambil, malah almar

Susun dalam bekas atau kotak

Macam saya sendir, saya lebih gemar untuk menggulung dan meletakkannya di dalam bakul khas untuk tudung. Hal ini kerana, ia adalah lebih mudah untuk saya mencari tudung yang saya ingin pakai untuk hari tersebut. Cara penyusunan tudung juga memainkan peranan penting ketika memperagakan koleksi tudung yang anda miliki. Selain